Monday, October 31, 2011

Bingka Ubi Kayu II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Beberapa hari ini akan muncul menu -menu yang berasaskan ubi kayu dari dapur makcik Manggis kerana hari  Ahad lepas  Cm beli 3 kg ubi kayu di Dengkil. . Jadi sudah  ada dalam kepala ni apa yang hendak dibuat dengan ubi kayu tersebut:)...jangan pengsan pulak ya bila setiap hari Cm hidangkan ubi kayu pada kawan-kawan yang singgah di dapur Cm ini.
Bahan-bahannya:)

600 gm ubi kayu parut.
150 gm gula pasir.
1 tbsp minyak sapi.
2 biji telur
300 ml santan pekat.
1 tbsp pandan paste.
90 ml air.
1/2 tsp garam.
sedikit warna kuning.

Cara-caranya;)

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam loyang yang sesuai.Bakar hingga masak.Biarkan bingka betul-betul sejuk baru lah di potong.


Terima kasih pada AlongRoz kerana Cm ambil resepi dari dapurnya.:)

Komen:Sedap tapi kena bakar hingga betul-betul garing tepinya..untuk rujukan sila ke SINI untuk Bingka Ubi Kayu ( I)

18 comments:

  1. Kak Cm,
    This is one of my favourite kuih...meleleh air liur..ahaks!

    ReplyDelete
  2. Salam CM,
    CM apa khabar? harap2 sihat2 selalu ye...
    Banyak jugak tu sampai 3 kg ubi. kalau kite hari2 ada bingka ubi pun takpe. suke. hehe... cantik pula bila letak kaler pandan hijau tu. selalu warna kuning je :)

    ReplyDelete
  3. Aslmkn CM...lama sue tak masuk sini. Rindu nak selongkar dapur akak..
    Kalo duk kampung..mak selalu masak bingka ni..sebab ubi senang nak dapat..hehehhee

    ReplyDelete
  4. Agak-agaknya ubi kayu frozen boleh pakai ke untuk buat kuih ni. Teringin lak nak makan.

    ReplyDelete
  5. hi cm, my latest post is also kuih bingka and you did in pandan flavour!! omboi, must be so aromatic!!

    ReplyDelete
  6. Shereen..ya ke?ala siannya sampai melelh air liur:)nnt Cm tapaukan sikit hehe

    ReplyDelete
  7. blogresipi.com ..ijan..Alhamdulillah sihat walafiat.Memang banyak 3 kg tu memandankan "tukang"makan tak ramai.Tukar selera guna warna ijau.

    ReplyDelete
  8. ibh..apa khabar?mana menghilang ni lama tak singgah di dapur Cm ni:)Betul kat kampung senang je dapat ubi.Kt kl ni dah lah mahal susah nak dapat ubi yang elok.

    ReplyDelete
  9. Malay Kadazan Girl..jika Diana nak buat Bingka guna resepi yang satu lagi tu.Yg ini sedap tapi agak lembik sikit....Rasanya ok je guna frozen ubi kayu.Jika tanam kat kebun Diana boleh tumbuh tak?

    ReplyDelete
  10. lena..alamak sama ya?nanti Cm nak pergi tengok bingka yang lena buat.Tunggu ya hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak nah ,tahniah buat akak sekeluarga n angah,maaf tak dapat hadir sebab kena kursus,tak pe kak saya mmg peminat ubi kayu akak jamu mesti suka heehhe

    ReplyDelete
  12. wslm chikmi.terima kasih.Tak pe lain kali kita jemput lg hehe.bulan 12 ni akak ke Penang kena jaga cucu nnt ada rezeki boleh jumpa chik mi

    ReplyDelete
  13. salam CM ape kabar..lama x singgah sini..sedap nya bingka ubi tu..kalor pun menarik

    ReplyDelete
  14. KakCM, wah sedap nya kuih ni kan. Baru tadi member opis suruh Along buat kuih ni lagi tapi tunggu bahan ada dulu. TQ link Along.
    Dah masak ke tapai CM tu? Nanti cuba buat puding tapai cam Along pula tau....sedaaap sungguh, rugi kalau tak rasa...hehe

    ReplyDelete
  15. CM...tuh tang kerak yang best sangat...

    ReplyDelete
  16. Kzai..alhamdulillah sihat.Harap Kzai pun sihat sihat juga.Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Homekreation..Tapai sedang mengeram.Insyallah sat lg nak pi jengok dalam gelap tepi store tu:)Cm dok selongkar dapur Along sejak beli ubi 3 kg ahad lepas,Banyak jugak menu berasaskan tapai ubi kat dapur along.Terima kasih:)

    ReplyDelete