Tuesday, August 9, 2011

Stir fry chickpeas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Pertamanya mohon kemaafan kerana tak sempat nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan yang Cm sayangi semua.....teramat lah busy.....Insyallah nanti bila ada masa terluang Cm akan singgah ke blog kawan-kawan ya....

Cm pernah masak Kacang Kuda Pedas Manis dan ada lagi baki kacang dalam peti sejuk .Jadi hari ini untuk kudapan selepas solat terawih Cm rebus kacang kuda tu dan masak bersama bawang,cili kering dan rempah kari.Resepinya Cm ambik kat dapur Quay Po Cooks..Thanks Quay Po dear:)..leka juga kunyah kacang ni.Sambil baca surat khabar pun dok ngap ngap :)


Bahan-bahannya:

2 cawan kacang kuda rebus.
1 labu bawang besar(saiz sederhana)-potong dadu.
5 tangkai cili kering.-rendam dengan air panas dan potong kecik (Cm potong 3)
1 cawan daun kari-Cm guna segenggam)
1 tsp serbuk kari.
1 tsp biji sawi(tak bubuh sebab stok dah habis)
1 tsp minyak zaitun.(Cm guna 1 tbsp minyak jagung)
sedikit garam dan gula.
Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan cili kering hingga layu .Kemudian masukkan biji sawi dan daun kari.Tumis hingga wangi baru masukkan serbuk kari.Lepas tu masukkan kacang kuda serta rasa lah garam dan gulanya.Siap untuk dimakan:)


9 comments:

  1. Salam kak CM!!! kita kan geramkan tgk air yg kat bekakang tuuu! hihihi..aduhhhh terus rasa dahaga :D sedap kacang nii kita suke! tp tak pernah pun dibuat mcm nii :D nanti kalau TErlebih rajin kita cuma buat :D

    ReplyDelete
  2. kak cm.....kacang tu makan sambil tengok tv syok tu...
    tengok masa malam yerk..kikikiki

    ReplyDelete
  3. sedap ni cm,
    buat snacking..tapi normally lepas berbuka tukan..macam nak minum air aje makan dah tak nak..itulah berkat berpuasakan cm..

    ReplyDelete
  4. salam cikmanggis..kita mmg suker kacang kuda bercili camni..kt depan klinik ni ada gerai india jual kacang kuda cili nih..hampir tiap hari beli..mmg sedaap!! selamat berbuka ye cikmanggis..

    ReplyDelete
  5. sedap2 juadah berbuka kat rumah kak cm ni..syiok mkn kacang kuda ni kan kak,mkn cenggitu je pun licin.:)

    ReplyDelete
  6. Kak CM,
    Memang sedapkan makan kacang kuda ni...macam berhantu pulak...bila makan dah tak boleh stop...hahaha.
    Kak, saya and hubby akan cuba berpuasa hari ni..saya tengah makan oats with maple syrup for our sahur.Wish me luck!

    ReplyDelete
  7. Snack yang sedap sambil leka menonton TV atau membaca.

    ReplyDelete
  8. Saya suka kacang kuda, selalu beli kat pasar malam tapi cuma direbus saja.

    ReplyDelete