Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa terasa masa begitu pantas berlalu.Semalam Cm masak nasi Mandhi .Resepinya Cm ambil dari dapur Ika Bangkok.Anak-anak kata sedap.Menantu kata sedap macam kedai Arab kat Manchester ....... berani tak puji hihi...Tapi memang sedap.Cara masak nasi tu Cm ubah suai sikit dengan cara Cm..Terima kasih Ika dan Nor Ganu tuan asal resepi tu:) ..maaf lah sebab "derhaka" sikit pada cara memasak nasi tu:).......
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam di belah 4.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1/2 sudu kecik serbuk ketumbar.
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
1 sudu kecil serbuk rempah campuran.
2 sudu besar madu.
Garam.
Sedikit pewarna kuning atau saffron.
2 biji bawang besar dipotong bulat.
2 biji buah lemon dipotong bulat.
Aluminium foil secukupnya.
Cara-caranya:
- Perapkan ayam dengan bahan-bahan diatas sehingga rata.
- Kemudian alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil.Aturkan potongan bawang dan lemon diatasnya.Kemudian masukkan ayam.Tutup dengan aluminium foil.
- Bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 250'c atau sehingga ayam masak.
- Apabila ayam hampir masak keluarkan air ayam(semasa proses membakar ayam tadi akan mengeluarkan air) dan ketepikan.Kemudian. Buka sedikit aluminium foil dan bakar lagi sehingga ayam berwarna perang dan agak kering.
4 cawan beras basmathi-rendam selama 20-30 minit.
3 sudu besar minyak sapi.
Air untuk merebus beras secukupnya.
1 labu bawang besar-cincang halus.
3 ulas bawang putih-mayang halus
1 inci halia-hiris halus
1/2 cawan kismis(suka banyak kismis)
Rempah tumis:1 batang kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang,5 kuntum buanga cengih dan 3 biji buah pelaga.
Sedikit pewarna kuning.
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
- Panaskan 1 1/2 jug (agak-agak) air hingga mendidih masukkan 4 tbsp minyak masak ,sedikit pewarna kuning dan 1 tbsp garam kedalamnya.
- Masukkan beras yang telah di toskan airnya.masak hingga beras kembang.Tapis.Ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dalam kuali.Masukkan rempah tumis dan bahan-bahan yang dihiris.Masak hingga wangi.
- Kemudian masukkan beras rebus tadi dan gaul hingga sebati.
- Masukkan beras yang ditumis ni kedalam periuk nasi letrik.Tuangkan air ayam tadi dan masak nasi hingga masak....Insyallah hasilnya nasi sungguh lembut:)
Bahan-bahan untuk Sos.
1 biji buah tomato.
5 biji cili besar hijau.
Perahan jus lemon.
Garam dan gula secukup rasa.
3 tangkai batang ketumbar(Cm guna dengan akarnya sekali)
Cara-caranya:
Kisar semua bahan-bahan diatas hingga hancur.Rasalah masam ,manis dan masinnya agar seimbang.Memang sedap di cicah dengan Ayam mandhi ni.
Seperti biasa jika tak letakkan gambar maryam ni tak sah...Maryam dah nak balik petang ni..sempat "berpuasa" dua hari je dengan kami hehe ..bye Maryam....nanti ajak mami balik lagi ye :)
sesiapa yang belum mandi tu, sila mandi segera hehe..
ReplyDeletemenyelera sungguh tapi tengok maryam kat bawah tu lagi rasa nak gigit-gigit.
cm, bulan puasa cam gini selalu teringat time berbuka kat dining hall.
Salam kak CM!! alololololo maryam tido yaaaaa... geram lah kak CM tgk maryam niii haish! kita lom mandi hihihi...
ReplyDeleteCM...cam janji je semalam sy pun buat nasi ni.. memang tergoda sungguh tgk nasi kat rumah ika tu kan...
ReplyDeleteRice and chicken looks so inviting. Loved the rice colour...mmmm!!! :D
ReplyDeleteSuch an adorable Maryam...so cute!!!!
Selamat Berpuasa to you and family dear ;)
kak CM, nor bukan tuan asal resipi ni. tuan asalnya raidah.. hehe
ReplyDeletecomelnyer maryam.. wahh dah pakai gelang besor tu hehe
wahh.. kak CM pon dh bermandhi nasi! hehe.. tun xde stok lemon laa pulak.. nx week laa wat.
ReplyDeleteKak CM,
ReplyDeleteMaryam dah look like a boy pulak with her shorn hair...tapi still maintain her cuteness...geram I tengok...macam nak gigit-gigit dia...hehehe.I pun nak buat lar nasi mandhi ni eversince I tengok kat blog Ika tu.Macam mana nak kurus ni,Kak CM?
Wahh..nasik mandhi dah kat sini pula....Heeee....menyelerakan betul la...
ReplyDeleteamboiiii besaqnya jam tangan maryammmm..hadiah daripada Pak Usu Manchester ke? he he he
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletemmg mengoda tgk set nasi tu... menyelerakan sungguh...
Salam cikmanggis,
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan buat makcik sekeluarga semoga semuanya gembira dan mendapat rahmat Illahi, Amin Amin Amin.
Salam cik manggis.
ReplyDeleteDah lama teringin nak buat nasi tu.....
CM...sedapnyerrrrr... LAPAU!!
ReplyDeletealamak aunty. bila nak ajak saya makan nih... dah berbakul-bakul amylase akibat blog aunty! :P
ReplyDeleteTengok nasi mandhi cm rasa nak pergi restoren arab,nak makan nasi mandhi juga.
ReplyDeleteJelesss....
Maryam gunting rambut ya. Cepat je membesar. Wah sedapnya bile ada peluang nak makan ni...
ReplyDeletecm..rempah campuran tu cam mana eh
ReplyDelete