Sunday, August 14, 2011

Scones...Rasa nak menulis apa apa je lah......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Alhamdulillah hari ini dah 13 hari (sabtu) berpuasa.Seronok sangat.......puasa merupakan ibadah wajib bagi setiap orang muslim yang sihat tubuh badan dan waras pemikirannya.Kena baca syarat-syarat wajib puasa lah ya :)....selain daripada itu berkat  dari berpuasa adalah badan yang mula "mengecut" dan ringan..baju-baju lama semua dapat dipakai balik... ..gembira....Suami dah bagi komen katanya dagu Cm dah kembali jadi satu hihi...selama ni dagu 3 tingkat:)p..dasyat tu...

Pagi tadi mengikut suami ke Bangunan BAKTI SITI HASMAH,Taman Tun  Dr.Ismail kerana ada program Dini hari Dinar.Tujuan utama nak jumpa kawan-kawan lama..nak borak-borak dan nak tanya khabar...program tu merupakan alasan semata-mata.Program tu untuk suami Cm  hehe....(pstt harap dia tak baca blog Cm ni)

Masa berlalu dengan pantas.bila bertemu kawan-kawan sebaya dulu dulu...kini ..semuanya dah jadi warga emas..soalan wajib.....berapa orang cucu...berapa orang menantu.....hidup ini memang umpama roda...berputar tanpa henti...sekali kita diatas dan ada ketikanya kita dibawah.....eh you tahu ke kak  J kena stroke...ya ke?....mudah2an kak J kembali sihat.....isteri N kena kanser..  ... Ya .Allah....nasib kita ni blom tentu lagi...   hanya berserah sepenuh penuhnya pada yang Maha Esa.Kita hanya mampu berikhtiar ..gaya hidup sihat.Jaga makan dan jaga kesihatan sebaik mungkin tapi akhirnya kita bertawakkal kepadaNya.
Cm masih rancak berborak dengan kak S tanpa menghiraukan hiruk pikuk para tetamu yang berkerumun kat gerai gerai yang ada menjual macam macam barangan kat program tu...Cm tak berminat... dari jauh nampak suami Cm bagi isyarat nak beli ayam organic tapi Cm bagi isyarat balik yang dalam peti sejuk masih ada dua ekor ayam yang blom di usik ....

 Rasa tak cukup masa nak pok pet pok pet dengan kak S kawan yang Cm kenali selama hampir 30 tahun.Kebanyakan ajk wanita  dalam program Dinihari Dinar ni adalah kawan-kawan Cm.Mereka adalah aktivis  yang mempromosikan Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah..untuk bayar zakat, mas kahwin dll. Yang besar sekali, menyahut seruan Allah dan RasulNYa memerangi riba. Kini sistem kewangan dunia adalah monopoli bank-bank kufar . Semua negara kena guna US Dollar , ikut IMF dan Bank Dunia. Kalau melawan, mereka bekukan akaun asing berbillion USD contohnya Libya dan Iran, hampir USD100.00 bilion kena rampas oleh USA dan  Eropah.....
Eh apa kena mengena dengan gambar gambar Scones ni?sebenarnya semasa dalam perjalanan balik dari Taman Tun ni suami Cm cakap  dia teringin nak makan Scones  sebab tak sempat nak order Scones( Ada seorang sahabat orang putih muslim yang mengambil tempahan roti,kek,scones dll.Beliau adalah pembekal roti organik ke ikea) .Sampai di rumah Cm terus masak Scones ni tapi malangnya telah terlebih  bakar hingga jadi "batu"keras...tapi habis juga makan bersama teh O panas...Alhamdulillah tak membazir:)....


3 comments:

  1. salam ramadhan kak nah,sy sukeee scones cantik kejadiaanya tu kak,tak pernah lagi membuatnya

    ReplyDelete
  2. seronok jumpa kengkawan lama. kpah ada dapat invitation untuk gathering dalam bulan puasa ni. CM ada dapat tak? tapi kpah tak dapat pergi sebab ada hal lain.

    ReplyDelete
  3. Lawanya scones CM! Rasa nak buat juga lah~
    Yummm....
    Semoga CM sihat2 belaka.
    Kristy

    ReplyDelete