Sunday, August 14, 2011

Tepung Pelita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Lihat ni  .tepung pelita kita dah siap:)pertama kali guna daun pisang.Selalunya Cm buat guna cawan plastik je..senang...tapi kali ini Cm dah belajar buat bekas Tepung pelita dari adinda ku Ilahjy..terima kasih ilah..dah botak pokok pisang sebelah rumah Cm ni gara-gara buat kotak bekas  Tepung Pelita.Terima kasih banyak-banyak ya:)

Bahan-bahan bahagian bawah:

1 cawan tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
3 1/2 cawan air daun pandan.(Cm blend 6-7 helai daun pandan).
Sedikit air kapur.

Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali dan masak hingga naik wap .Kemudian sudukan kedalam kotak daun pisang seperti diatas.Jangan lupa masukkan 3/4 sudu teh gula pasir kedalam kotak terlebih dahulu.Ketepikan.

Bahan-bahan bahagian atas.

1/2 cawan santan pekat.
1 cawan air.
2 tbsp tepung jagung.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali.Masak dengan api sederhana hingga pekat.Tuangkan keatas adunan pertama tadi.Lakukan sehingga habis.Aturkan dalam lbekas yang sesuai dan kukus hingga masak.Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan diatas api selama 5-10 minit.Siap untuk dihidangkan.Selamat berbuka puasa:)


14 comments:

  1. salam kak CM, nor copipes dan save resipi ni ya.. nak buat tu tak tau bila.. hehe.. simpan dulu.. tq :)

    ReplyDelete
  2. tak pe kak cm...nanti tumbuh balik daun pisang tu..he3...
    mas gak yg tarah daun pisang kat kedai..
    wahh..cantikk la kotak tepung pelita tu....

    ReplyDelete
  3. Ini Favourite masa buka puasa dalam bulan Ramadhan. Tapi kat sini kena pakai bekas plastik hehehe...mesti sedap lagi pakai daun pisang. Pakai daun pandan pun boleh? Baru balik dari trip memancing 3 hari.

    ReplyDelete
  4. Salam kak CM!!! teringin nak buat versi tepung pelita mcm nii tp tulah bila nak guna daun pisang carik2 kat pasar tak de lah pulak! tapi bila tak nak guna melambak lambak dia jual huh! ni nak kena g lotus, itu pun kalau bernasib baik ada dgn si kesum kalau tak mmg payah nak jumpa.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak CM. Mcm laa ni jugak nak pi buat tp....hehe. Ada lagi satu versi tu, org Perak panggil kuih limas aka kuih sampan, letak gula cair kat bawah... tingin nya nak makan....huuuuu

    ReplyDelete
  6. salam kak cm
    wah dah menjadi dah ya..tahniah.. kira ok la tuu tak de la senget pun.. kesian pokok pisang tu yaaa kena pujuk semula supya dia cepat berdaun dan boleh buat lagi..hehehee..

    ReplyDelete
  7. kekandakusss cyg ilah nak minta izin masukan N3 kak ni dlm N3 ilah tu nak kreditkan ...boleh ya...muahhh

    ReplyDelete
  8. salam..
    ermm..sedapnya..
    mesti wangi kan?
    yang di jual di
    PARAM sekarang semuanya
    bersarung plastik

    ReplyDelete
  9. hello cm, terimakasih atas balasan cm mengenai air kapur too. satu hari nanti, aku akan tanya dekat taukeh india. Kuih ini macam sejenis kuih thailand, lupa namanya, pasti sangat harum!

    ReplyDelete
  10. Salam kak...mmm rajinnyer wat kerongsong tu.. kalau ermapun taram jek kat bekas2 biasa ha ha ha.. nak ikutkan aromanyer memang lagi best.. wangi daun...

    ReplyDelete
  11. Salam cm...teringin nak buat tapi tak pandai nak buat bekasnya.Saya tanam pokok pisang hanya nak ambik daun,memang selalu botak hehe...

    ReplyDelete
  12. bila la nak merajinkan diri bt kuih ni..klu dah siap mkn x cukup 5 pula. :))

    ReplyDelete
  13. Kak CMMMMMMMM.....
    Along dah buat tadi tau... gara2 teringin sangat lepas tengok kat sini. Rupa2 nya kuih Limas & Tepung Pelita tu adik-beradik tapi lain periuk...hehe. Anyway, Along buat resepi Mas sbb dia guna tepung gandum jer. Ni ALong kasi seketoi kat KakCM tuk cuba....hehe

    ReplyDelete
  14. I'll have to say this is one of my favourite too. I can eat a few at one shot. haha... So, CM kena buat banyak2 nanti kalau Kristy datang beraya bersama. haha...
    Selamat berpuasa!
    Kristy

    ReplyDelete