Thursday, July 14, 2011

Kacang Kuda Pedas Manis



Dulu-dulu semasa Cm di sekolah menengah kakak-kakak senior selalu masak kacang kuda pedas ni untuk jualan jika ada program masak-masak atau nak kumpul duit untuk persatuan.Dalam memori Cm ni rasa kacang kuda yang dijual tu sungguh sedap.Hingga ke hari ini Cm tak pernah jumpa kacang kuda pedas sesedap itu..atau hanya memori budak-budak yang sentiasa lapar yang tinggal di asrama hehe...nak minta sokongan KakPah..betul tak kakpah?.




Bahan-bahannya:

500 gm kacang kuda-cuci bersih dan rendam selama 1 jam.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
10 tangkai cili kering-rebus sekejap.
1 tangkai daun kari
Gula melaka secukupnya.
garam secukup rasa.
Cara-caranya:

  • Kacang kuda di masak dengan menggunakan pressure cooker hingga empuk.jangan lupa letakkan sedikit garam.
  • Sementara tu blend bawang merah,bawang putih dan cili kering hingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang di kisar tadi hingga masak dan wangi.
  • Masukkan garam,gula melaka dan sedikit air asam jawa dan masak lagi hingga pekat.
  • Toskan kacang kuda yang direbus tadi dan masukkan kedalam bahan tumis dan kacau hingga rata.Masukkan daun kari dan gaul lagi hingga sekata.Siap untuk dihidangkan.

10 comments:

  1. seumur hidup sy pon tak pernah jumpa kacang kuda dimasak mcm ni...mak sy selalu rebus je.pastu taruk daun kari sikit..

    ReplyDelete
  2. salam..
    memang sedap..
    pastikan anda
    bukan kaki buang angin..
    :)


    TERIMA KASIH SUDI SINGGAH
    DAN KOMEN DI BLOG SAYA
    DAN JANGAN LUPA DATANG LAGI
    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
  3. Assalam cm,
    wah another version goreng kacang kuda macam ni ya ..ada letak air asam tu yang kasi kelainan dan gula melak tu ya cm..harus dicuba lain kali ni..

    ReplyDelete
  4. Betul kata CM tu. kat asrama memang selalu rasa lapar je kan. hehehe... kite dulu selalu makan ikan bilis goreng pedas buat jajan. bst jugak.. yg stail gini tak pernah try lagi :)
    Ijan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak.. kat sekolah saya pun ada jual, tp versi biasa jer..tu pun dah seronok nak membeli. Tingin plak nk makan...nk cuba gak laaa...

    ReplyDelete
  6. Slm kak CM, mesti b'tambah sedap rasa kcg kuda ni...asben mmg hantu kcg kuda ni..

    ReplyDelete
  7. salam CM...

    sure sedap kacang kuda ni kak... terliur dah..
    ehh.. saya pun pos resepi pedas manis gak hari ni....... cuma bahan asasnya berbeza.. jom kita tukar2 kak.. hehe...

    ReplyDelete
  8. sedapnya... saya pun mmg suka kacang kuda pedas ni. skrg boleh buat sendiri, tq kak share resepi.

    ReplyDelete
  9. Papa Diana suka sangat makan kacang kuda. Kalau anak-anak pompuan dia pandai masak ni masa muda dulu mesti mudah nak dapat apa-apa...hehehe...bestnya tengok dapur CM semenjak ni berasap je :).

    ReplyDelete
  10. Belum pernah try masakan ni~leh! Nampak sedap ya.
    Kristy

    ReplyDelete