Thursday, July 14, 2011

Apam Gula Hangus

Salam dan selamat sejahtera....


Jika asyik terbaring dan terlalu mengikut perasaan  badan terasa makin lemah dan kurang bermaya.Dah biasa kerja tak berhenti  .....tak pernah stop kerja kecuali tidur.......Bila rasa dah sihat sikit selera pun dah terbuka nak makan.Tiba-tiba terasa nak makan kuih apam gula  hangus.Dulu Cm pernah buat tapi nak cuba resepi yang lain la pulak.Jika kuih lama-lama begini selalunya ada kat dapur Tokcik jadi Cm pun mengeledah dapur TC cari resepi.....

Bahan-bahannya:
2 biji telur.
1/2 cawan minyak jagung.
 2 tbsp susu pekat manis.(resepi asal 3 tbsp)
2 tbsp marjerin(tak letak)
1  3/4 cawan tepung gandum.
1 tsp soda bicarbonate.
1  cawan gula pasir(resepi asal 1 1/4 cawan)
1 1/3 cawan air.(Resepi asal 3/4 cawan)

Cara-caranya:
  1. Sapukan loyang dengan minyak.
  2. Ayakkan tepung bersama soda bicarbonate.
  3. Masak gula dalam kuali untuk dijadikan gula hangus.Bila gula telah cair dan berwarna perang masukkan air dan kacau hingga rata.Ketepikan.(CM guna ketika masih panas)
  4. Masukkan telur,minyak masak dan susu pekat manis kedalam blender dan blend hingga rata.
  5. Kemudian masukkan tepung dan gula hangus dan blend lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak.

Apam kukus sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.Kepada anak anak yang tak suka kan kelapa makan begitu saja pun sedap.Cm sangat berpuas hati dengan resepi ini.Apam yang sungguh lembut dan gebu.


Terima kasih kepada tuan empunya resepi ini ......Terima kasih buat Tokcik kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini..Mintaa maaf dan minta dihalalkan kerana Cm ubah suai sikit bahan-bahannya  mengikut citarasa sendiri .

21 comments:

  1. salam tuan rumah...
    kita sampai dulu ni...
    dah terbau2 dah dari jauh kuih fav kita ni...
    menariknya kejadian kuih ni... nanti ita cuba resepi ni boleh ye!!
    nampak lembut aje tuuu..

    ReplyDelete
  2. As'salam CM

    Ingat ct yang terawal. rupanya ada yang terawal..hihihi.

    ini fav ct ni CM tak pernah nak buat kalau beli adalah. hihihi..ada resipi dari Tokcik ni bolehlah mencuba nanti. Terima kasih CM. Banyak2 kan rehat ya :)

    ReplyDelete
  3. Kak CM

    salam akak... kita sekarang ngah minum kopi sambil imagine makan apam nih ngan kelapa parut tu..ishhh nyaman nya:)

    ReplyDelete
  4. cm, cantik gebunya apam tu. kpah kalau teragaak nak makan apam, kpah beli je kat kedai seketul dua. anak2 dan hasben semua tak suka makan uhuuu..

    ReplyDelete
  5. hehe I mmg suka apam gula hangus ni~ nampak sedap..tp belum try buat sendiri..selalu beli je~

    ReplyDelete
  6. salam kak.. sedapnya kuih tu.. terbau2 sampai kesini. Lamalah zana x makan kuih ni..~ nanti nak masuk list dulu... :D

    ReplyDelete
  7. Kak CM,
    I like these type of apam.Warna very nice and I bet the smell very wangi.I bookmarked ya, kak...saya still got another apam from Yat Maria nak buat.My bookmark dah berkilometer panjangnya (lol).Semua nak buat sampai rambang mata!!
    Anyway kak..I ada email kat akak but tak tau pasal my email kena tendang balik.Anyway, my family and I just nak sampaikan our condolences on the demise of your loved one.Take care, kak and hopefully kesihatan akak dah beransur baik.

    ReplyDelete
  8. Salam kak CM!!! seddapnyerrrrr apam! nak2 kelapa yg putih melepakkk tuuu sedappp!!!! nak buat apam jugak! tp kelapa patut segar tak dok, nk guna yg kering boleh tp mcm kurang feel nanti nak makan dia hihihi..

    ReplyDelete
  9. salam CM..
    tak sihat ker kak? anak2 sy pun semua kurang sihat.. si kecik bambam demam semalam... yg sulung & no. 2 pulak selsema.. nasib ibu dia masih kuat antibodi.. hehe..
    apam gula hangus mmg sedapp.. ada kelapa lak tu.. bertambah sedaplah!

    ReplyDelete
  10. Kalau apam ni anak2 tak berapa suka lah cm,tu sebab jarang sangat buat.

    ReplyDelete
  11. azlita aziz...no satu kena beri hadiah ni hehe.Cuba lah sebab senang caranya dan sedap rasanya.

    ReplyDelete
  12. CT Delima..terima kasih Ct...jika buat berbaloi baloi.Puas makan.

    ReplyDelete
  13. Yat Maria..hehe pejam mata dan bayangkan kesedapan apam ni..manis..harum bau gula hangus dan lemak lemak masin kelapanya..yum yum hehe

    ReplyDelete
  14. ibundo..tu la masalah jika tak ramai peminat.Malas nak buatnya kan kakPah..nak kena habiskan satu loyang ni..mati kita hikhik

    ReplyDelete
  15. aesh came...hehe beli lagi senang:)

    ReplyDelete
  16. Zana sweet rose...masuk list ya bila buat nanti jangan lupa kasi kat Cm barang sepotong ya:)

    ReplyDelete
  17. Shereen..Cm selalu buka emel tapi tiada yg terbaru dari Shereen.Kenapa tak sampai ya....Terima kasih atas ucapan takziah shereen...pertama kali kehilangan orang yang paling Cm sayangi dalam hidup ini..sedih sangat sangat tapi Cm redha....setiap yang hidup pasti akan mati....Terima kasih banyak banyak Shereen.

    ReplyDelete
  18. ijayuji..kat Bangkok susah nk dapat kelapa fresh ke?..siannya..nanti kita hantar kelapa biji ya hehe

    ReplyDelete
  19. Madiha..musim batuk ni tapi Cm ni bercampur aduk dengan emosi yang kurang stabil ,penat,demam,batuk.....jadi bertambah tambah lemah agaknya:(

    ReplyDelete
  20. Zaitun..anak anak Cm tak suka apam tapi bila apam gula hangus ni dorang kata sedap..rasa seperti kek katanya.

    ReplyDelete
  21. Whoa, one of my favourite! Must bookmark this to try one of this day. Salivating already! :o)
    Thanks for sharing.
    Kristy

    ReplyDelete