Thursday, May 5, 2011

Telur Ayam Masak Lemak Kuning.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cuaca panas sekali Alhamdulillah semua kain basuhan telah kering.Hari ini hanya Cm sorang yang makan tengahari dirumah.Sorang sorang kat rumah jadi Cm "kitar" semula telur rebus yang ada dalam peti sejuk.Dah lama tak makan gulai lemak kuning telur.Pekena dengan nasi panas dan sambal udang..pergghh boleh pengsan....
Bahan-bahannya:
6 biji telur rebus-kupas kulitnya.
1 biji kelapa parut-blend dengan 2 1/2 cawan air.
1 batang serai-ketuk
1 helai daun kunyit-siat-siatkan.

Bahan-bahan kisar:
3 biji cili api(jika suka pedas boleh lebihkan)
7 ulas bawang merah.
1 inci kunyit hidup.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit air untuk blend.
1/2 keping asam gelugur
Cara-caranya:
  • Blend bahan-bahan kisar hingga hancur.
  • Masukka santan dan bahan-bahan kisar kedalam periuk.Masak hingga mendidih .
  • Masukkan telur,daun kunyit,serai,asam keping ,garam dan gula.kacau perlahan-lahan agar santan tidak berketul-ketul atau pecah minyak.
  • Hidang bersama nasi putih.


Ini adalah gambar brownies yang siap dibungkus untuk diberi kepada tetamu yang hadir semasa majlis angkat nikah Angah tempohari.Sambutannya sungguh baik sekali.Ramai yang sukakan brownies ni.Kepada kawan-kawan yang nak buat brownies untuk door gift bolehlah guna resepi ni kerana ianya tahan beberapa hari.Syaratnya bakar sehingga agak garing bahagian tepinya.Insyallah tak berkulat dalam masa beberapa hari.

10 comments:

  1. cm...cantik la warna telur tu....kuningg...

    ReplyDelete
  2. Telur memang my favourite, masak ape pun! Saya suka masak lemak telur ni tapi selalu pecahkan je dalam kuah dia.Cantek packing brownies tu, rajin tul cikmanggis ni, sempat buat sendiri!

    ReplyDelete
  3. owh telo rebus pon leh ek...?
    igt kan cam gulai yg pecah telo itek tu...
    baru neh! leh la cuba nanti
    pinjam resepi yea CM...

    ReplyDelete
  4. Salam cm...kalau telur memang sedap dibuat gulai tapi saya suka kalau terus dipecahkan dalam periuk.

    ReplyDelete
  5. Rajinnya CM masak walaupun sorang2 je. Wah idea yg menarik brownies ni. Rasa tak sabar pula nak tunggu adik2 kahwin, tapi semua tak cukup umur lagi...hehehe...

    ReplyDelete
  6. p3chandan..betul lagi sedap bila pecahkan telur dalam kuah tapi ni telur rebus lebihan kenduri hari tu...Sebenarnya Cm hanya buat brownies je.Tukang ikat tu anak anak.

    ReplyDelete
  7. Eliyaezlialias..telur itik lagi sedap.Telurnya pun lagi besar.

    ReplyDelete
  8. Zaitun..betul tu zai..jika pecahkan kuahnya meresap dalam telur.Sedap:)

    ReplyDelete
  9. Malay Kadazan girl...Dah takde pilihan hehe kedai jauh,kena masak jugak la akhirnya...ooo Diana ni anak sulung la ya.

    ReplyDelete