Friday, May 6, 2011

Ikan Bilis Dengan Sos Cili Manis

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah Cm dah siap masak untuk makan tengahari.Hari ini hari Jumaat anak dan suami balik awal dari sekolah dan tempat kerja kerana akan menunaikan solat jumaat.Salah satu menu tengahari kami adalah seperti gambar diatas.Menu paling sempoi tapi jangan pandang sebelah mata ya..sedap:)jika tak percaya boleh cuba ya......
Bahan-bahannya:

1 cawan ikan bilis yang telah di kopek.(buang perutnya)
1 labu bawang besar-dadu.
4 biji cili masak.-potong kecik.
1 camca besar gula pasir.
1 biji buah tomato-dadu.
1 tbsp kicap manis.
3 tbsp Sos Cili Manis Thai(yang ada biji biji cili )
Jika suka pedas boleh tambah beberapa biji cili api.
minyak untuk menggoreng.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing-ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan cili masak dan ikan bilis.Kacau hingga rata.
  • Kemudian masukkan kicap manis,gula dan sos cili.Gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan buah tomato dan balik-balikkan sekejap.Siap untuk di hidangkan dengan nasi putih....selamat menjamu selera:)

5 comments:

  1. this dish betul "gam" saya punya taste, yummy!

    ReplyDelete
  2. My all time favourite.Tak payah lauk lain.

    ReplyDelete
  3. Sonia..haha samalah kita ya:)makan dgn nasi panas tak perlu ada lauk lain.

    ReplyDelete
  4. Shereen..btol..btol..tak payah lauk lain.

    ReplyDelete