Friday, May 6, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Dua hari lepas Angah bawa balik satu peket cream puff.sedap betul dan tak puas makan.Jadi hari ni Cm buat cream puff resepi yang datin El beri.Masalah nya bila sejuk puff ni akan jatuh selebek hampir ranap.semasa keluar dari oven rupanya sangat cantik..ada tak siapa-siapa yang dapat beri petua bagaimana nak mengekalkan bentuk asalnya?walaupun dah sejuk....
Baru talipon datin El dan beliau ada memberi petuanya..hehe nanti kita cuba ya datin..ada beberapa biji lagi yang tak diisi dgn kastad......minta izin nak C &P ya....

bahan-bahannya:

600ml air
225g mentega
340gtpg gandum
450g telur(10 biji telur gred B)
secubit garam
1-didihkan air
2-masukkan mentega
3-masukkan tepung kacau hgga tak melekat -biarkan sejuk
4-bila dah sejuk camkan telur than mix guna mixer.
5-pipe on tray dan bakar selama 20 min pada suhu 150c.

filling custard;
500ml fresh milk
500ml air
gula secukup rasa
vanila esen
1 cwn tpg castard
1-panaskan susu dan air
2-masukan gula ,vanila
4-bila dah mendidih masukkan tepung castard(el bancuhkan tpg bersama sedikit air diatas tadi
supaya mudah sikit kerja) kacau hgga pekat. selamat mencuba.


Buatkan lubang pada puff dan paipkan kastad kedalamnya.Tabur dengan gula halus.Siap untuk dihidangkan.

16 comments:

  1. Kagum betul dengan CM baru berapa hari angah di jinjing pelamin dah masak macam-macam. Ikan bilis kegemaran ayah saya, selalu asyik berlada je. Boleh cuba style ni pula.

    ReplyDelete
  2. Salam CM,
    Saya baru tengok gambar2 perkahwinan angah dan suami... selamat pengantin baru saya ucapkan..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknye.. amin :)

    Ijan

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum Cm..

    Krim puff yg dah lama ada dalam senarai Naz tp tak terbuat2 lg.. Rasa Cm nye lah dulu..heheheee

    ReplyDelete
  4. Salam kak CM!!! selamat hari ibu buat akak :-) balik muar hati2 dijalan raya sbb kita sygkan akak sekeluarga ;-) kita bwk balik CP tu ya macehhh!!!

    ReplyDelete
  5. Salam CM...

    Dtg sini jenjalan....macam2 ada...kita suka...
    salam kenal2 dari cek ....
    Happy Mother's day to CM...happy2 selalu...:)

    ReplyDelete
  6. salam cm,
    anak-anak dah lama minta buatkan cream puff ni. tapi penyakit malas sedang bermaharajalela.. beli kat kedai tak sedap sebab inti dia seciput. kita kalau buat, kasi penuh dan gemuk. Bila gemuk takde la dia melepet balik bila sejuk.
    selamat hari ibu...

    ReplyDelete
  7. banyak dah recipe saya amik ni bila lah nak cuba...hee

    ReplyDelete
  8. malay Kadazan girl..ikut mood juda Diana..jika angin malas datang..hmm takde kuih la jawabnya...cuba kelainan cara masak ikan bilis ni agar tak jemu dgn menu yang sama.Apa-apa pun sambal ikan bilis pastinya takkan jemu

    ReplyDelete
  9. ijan..terima kasih..amin..amin..maaflah Cm tak sempat nak visit rumah mak mikail ni:) insyallah nnt Cm datang jengok dapur ijan..siapkan air secawan ya:)

    ReplyDelete
  10. Naz..silakan..silakan..hehe..selamat hari ibu Naz:)

    ReplyDelete
  11. ika..selamat hari ibu ika..terima kasih..alhamdulillah kami selamat balik ke Putrajaya kul 1.30 pagi tadi dengan selamatnya.

    ReplyDelete
  12. cik cek..Selamat hari ibu..terima kasih..

    ReplyDelete
  13. kak pah..selamat hari ibu kak pah..terima kasih atas petua tu..ya la kenapa tak terfikir nak isi intinya penuh-penuh..

    ReplyDelete
  14. Yan..cuba lah jika buat sendiri hasilnya berbaloi baloi

    ReplyDelete
  15. Huuu~ nampak best..one of my favourites..tp pernah try buat, x menjd..huuish sedeh2.. masuk oven kueh nye x naik, kecik dan keras..kahkah x berbakat betul msk..

    ReplyDelete
  16. wah, sungguh cantik cream puffs yang cm buat ini. nampak sangat menarik corak tu!

    ReplyDelete