Wednesday, April 20, 2011

Ikan Kerapu Dalam Sos Nenas


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Petang tadi cm Masak Ikan Kerapu Dalam Sos Nenas untuk makan malam kami sekejap lagi.Menu yang diubah suai untuk  selera suami dan anak yang tak makan pedas.Jadi kepada kawan-kawan yang tak suka pedas boleh lah cuba resepi ini tetapi andainya suka pedas boleh lah ditambah beberapa biji cili api semasa menumis .
Bahan-bahannya:
Perap:
3 ekor ikan kerapu.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk kunyit.
1 tsp cili giling(jika suka pedas boleh tambah)
2 tbsp tepung jagung.-tabur pada ikan ketika hendak menggorengnya nanti.

Bahan-bahan untuk tumis.
1 tin kecil nenas dalam tin(-kiub.)-toskan jus sirapnya.
1 labu bawang besar-cincang halus
4 ulas bawang putih-cincang halus.
1 biji cili masak-cincang(jika suka pedas tambah beberapa biji cili api)
1 tangkai daun ketumbar-cincang.
1 biji buah tomato-cincang

Perasa:
1 tsp tepung jagung.
1 tbsp sos tiram.
1 tbsp sos ikan
3 tbsp jus nenas
Cara-caranya:
  • Ikan dicuci dan kelar kelarkan.Perap dengan bahan-bahan perap selama 20 minit.
  • Panaskan minyak masak.Taburkan tepung jagung pada ikan dan goreng hingga garing.
  • Panaskan 2 tbsp lebihan minyak goreng ikan tadi dan tumis bahan-bahan tumis kecuali nenas  hingga naik baunya
  • Kemudian masukkan nenas ,sos ikan ,sos tiram dan jus nenas  dalam tin tadi serta sedikit air..Gaul hingga rata.Rasalah masin dan manisnya agar seimbang..
  • Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam bahan-bahan tumis tadi.Kacau agar sebati.
  • Letakkan ikan goreng kedalam bekas yang sesuai dan jirus sos keatas ikan.Siap untuk di hidangkan.




7 comments:

  1. salam cm ..nak cubalah ..ada 2 ekor ikan kerapu beso kat pt ais.tq

    ReplyDelete
  2. sedapnya menu CM ni...sungguh menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..waw sodapnye menu CM tu...jadi lapar nasi dah ni...jom CM joint segmen Fie....kalau free..

    ReplyDelete
  4. Memang menarik...

    -zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  5. Kalau dok rumah cikmanggis ni, mesti cepat gemok..tiap2 hari menu nye semua mengancam habis! Ni kira sweet n sour kerapu la ye..emmmmm sedap nampak terutama ade nenas kiub kegamaran akak!

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok ikan tu cm....yummyyy...

    ReplyDelete
  7. lena pun suka hidangan macam ini, sweet and sour, nampak sungguh menarik!

    ReplyDelete