Tuesday, April 19, 2011

Mongolian Chicken.



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Resepi Mongolian Chicken ni   Cm ambik dari dapur Sonia Nasi Lemak Lover .Terima kasih Sonia.Walaupun beberapa bahan Cm tak bubuh kerana tak ada tapi sedap dan sesuai dengan selera anak dan suami  yang tak makan pedas.Bau daun kari sungguh membangkitkan selera.
Bahan-bahannya:
3 ketul paha ayam-potong kecik agak-agak bite sizes,
3 tangkai daun kari.
2 biji cili padi-cm tak bubuh
1 labu bawang besar-cincang
4 ulas bawang putih-cincang.

Bahan untuk perap:
1/2 tsp garam
1 tsp minyak bijan.
1 biji putih telur(resepi asal 1/2 biji telur)
2 tbsp tepung jagung.

Perasa:
1 tbsp sos lada hitam(asalnya 1/2 tsp serbuk lada hitam)
150 ml evaporated creamer.(tak bubuh)
1 tbsp chili paste-(tak bubuh)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  1. Perap ayam dgn bahan-bahan perap selama 30 minit.
  2. Goreng ayam hingga kekuningan.-ketepikan.
  3. Tumis bawang besar,bawang putih dan daun kari hingga naik baunya.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga rata.masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan sedikit air.kacau hingga sebati.Siap:)


Hidang ketika masih panas dengan nasi putih.Sungguh menyelerakan...terima kasih Sonia




12 comments:

  1. sedapnyer...kita pernah makan ayam ni...kat kedai...nanti kita makann kat umah kita pulak...

    ReplyDelete
  2. salam cm...wah nak dapat menantu lagi...tak lama lagi ada cucu...tentu meriah.

    memang plan nak masak ayam..bolehlah cuba resepi ini

    ReplyDelete
  3. kak cm.. 1st time nengok nih.. nmpk sedap sgt!

    ReplyDelete
  4. Salam Kak CM, sedapnya ayam goreng cenggitu...

    ReplyDelete
  5. salam Kak CM..sedapnya ayam tuu..mst try ari jugak..hubby suka laa klu ada bau kari camtu..hikhikk

    ReplyDelete
  6. salam cm,
    resepi nampak simpel dan sedap.
    boleh terai ni.
    u dah nak bermenantu lagi ke.

    ReplyDelete
  7. assalam kak cm,
    mongolian chicken..menarik..boleh dicuba..

    ReplyDelete
  8. Ini pun macam seronok nak mencuba cuti panjang hujung minggu sempena easter ni.

    ReplyDelete
  9. You are welcome, one plate of rice is not enough for this dish, yum yum!

    ReplyDelete
  10. yan..terima kasih yan

    gerau..hehe

    kak ina kl..alhamdulillah.anak kedua nak kawen.Insyallah bulan jun akan terima kedatangan cucu pertama.dapat gelaran..tok mak:)
    Cuba lah resepi ayam ni..simple je

    tun-telani..cuba lah tun:)

    Sue & Nenie..wsalam.Cuba lah:)insyallah sedap.

    YANA SHAIFUL..memang bau daun kari tu sangat harum.

    Kak pah..anak Cm suka makan ayam yan camni sebab tak dak tulang.Insyallah nak dapat menantu lelaki ke dua:)

    iza akma..Wsalam..cuba lah:)

    Malay Kadazan Girl..anak anak pasti suka.Tak pedas dan tak bertulang.Isi ayam je.

    Sonia..Terima kasih my dear Sonia..betul sepinggan nasi memang tak cukup:)

    ReplyDelete
  11. Sya x pnah msk ayam mongolia.nnti nk cuba jga.tgk mcm sdp je.

    ReplyDelete