Thursday, April 14, 2011

Brownies

Salam dan selamat pagi semua!!pagi yang sangat ceria buat Cikmanggis..kena ceria-ceriakan hidup anda selalu baru hati rasa lapang dan dapat tersenyum dengan penuh keikhlasan.Alhamdulillah setelah mendapat tidur yang sempurna badan rasa lebih segar dan sihat.
Semasa berborak borak dengan Angah malam tadi,katanya nak  order brownies untuk majlis akad nikahnya nanti kerana tak mahu sibuk sibuk masak ,tak mahu dapur berselerak dan sebagainya.Tapi Cm rasa buat brownies sangat senang kerana tak perlu pukul telur atau sebagainya.Masukkan bahan-bahan kedalam mangkuk kacau je...jadi Cm demo malam tadi..alhamdulillah cepat dan sedap pulak tu brownies yang kami buat sendiri ni.

Bahan-bahannya:
A
250 gm butter
400 gm coklat masakan-potong kecil.

B
5biji telur grade A
1 tsp esen vanilla.
1 tbsp coklat emulco
290 gm gula perang(lain kali kena kurangkan lagi gula)

C
Ayak:
90 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko.

D
100 gm badam  -panggang.

Cara-caranya:
  • Cairkan A dgn kaedah double boil.
  • Panaskan oven 160C.
  • Dalam mangkuk yang lain pukul guna whisk gula perang,coklat emulco,esen vanilla dan telur hingga sekata.
  • Masukkan A dan kacau lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung dan koko yang telah diayak.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan badam.Gaul rata.
  • Alaskan dulang 9X12 inci dengan kertas minyak.Tuangkan adunan kedalam dulang dan tabur dengan sedikit badam jika suka.
  • Bakar selama 45 minit atau hingga brownies masak.
  • Biarkan brownies sejuk sedikit barulah di potong mengikut selera yang anda mahu.Siap:)
Pagi ini kami dapat sebiji lagi timun dari kebun mini kami.Buahnya tak banyak tapi saiznya kali ini 1/2 kg lebih.Orang yang paling semangat nak petik timun ni adalah suami cm....

10 comments:

  1. mmmm brownies lak...syedapnyer CM.. tang Timun tu.. sukernyer.. x rugi berbudi kepada tanah.. erma jek duk kat kayangan.. tanah tuk parking kete jek hu huhu meh sebiji dua.. segar dari ladang tu.. he eh he

    ReplyDelete
  2. waduh kak... sedap nmpk brownies tu.. nk cikit.. ekeke.. rajin akak bercucuk tanam.. =)

    ReplyDelete
  3. akak..nak brownies sekeping...
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  4. cm.. lawa aa brownies gitu..ada kacang lagi..
    wah beso timun.buat gulai masam ikan patin tempoyak letak timun.fuh sedapnya

    ReplyDelete
  5. sekeping cukup kot untuk saya....nampak marvelous..

    ReplyDelete
  6. Hari ni asyik berendam air mata dari petang tadi. Tapi bila tengok CM dan tukang siram senyum melihat timun besar tu, terberhenti air mata. Mata kita dahlah sepet...susah nak cover line. Gambar kedua terakhir tu nampak ada anak timun lagi, tajam tak mata saya.

    ReplyDelete
  7. lawanyer brownies..tp lagi jeles nengok timun tu.. saya tgh tunggu petola berbuah tu...

    ReplyDelete