Wednesday, April 13, 2011

Ikan Pari bakar Dengan Sos Daun Limau Purut.

Salam dan selamat sejahtera.Masak express sebab kesuntukan masa.Pagi-pagi lagi  cm dah menuju ke Nilai Tiga nak cari bunga telur untuk majlis akad nikah Angah nanti.Balik rumah dah pukul 12tengahari.Jadi kena masak menu yang cepat yang segera.......bakar ikan dalam oven dan buat sosnya.Siap......
Bahan-bahannya:
2 keping ikan pari-cuci bersih dan dibakar hingga masak.

Bahan-bahan untuk sosnya;
4 tbsp cili kisar atau 5 tangkai cili kering.
2 ulas bawang putih.
6 ulas bawang merah.
sedikit belacan.
1 batang serai.-ketuk
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 keping asam gelugur.
7 helai daun limau purut.

Cara-caranya:

  • Kisar bawang putih,cili ,2 helai daun limau purut belacan  dan bawang merah hingga sebati
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan serai,asam keping,garam,gula dan lebihan daun limau purut dan kacau rata.
  • Biarkan sambal agak pekat ,siramkan keatas ikan bakar.Siap:)..selamat makan tengahari,

10 comments:

  1. As'salam..sungguh meneyelerakan lauk Cm hari ni ..mmg terliur betul..sdp tu letak daun limau purut wangi je bau sosnya..
    pernah buat..tapi x lah besambal mcm ni..next time nak try resepi CM pula...nak cikit buat rasa..

    ReplyDelete
  2. wahh..sedapnya..ada aroma daun limat purut dengan daun pisang.
    sambal tu pun mengancam..sedap sedap

    ReplyDelete
  3. sedapnyer.. td pun plan nak buat ikan bakar gak tp males nak turun amik daun pisang.. KIV jer dulu ikan bakar tu :0

    ReplyDelete
  4. Salam makcik.... bestnya ikan bakar makcik! Malam tadi juga masak ikan tapi ala orang malas :)
    P.S Maaf lama tak singgah dapur makcik kerana problem internet :(

    ReplyDelete
  5. perhhh..menitik air liur tengok ikan pari tu...
    sedapppnya..

    ReplyDelete
  6. mmmm CM syedap errkkk hu hu hu telan liur jek.. mkn ngan nasi panas2 x yah lauk lain he he he

    ReplyDelete
  7. Cikmanggis ni sebok cam mane pun sempat gak memasak! Kalau saya, alamat beli lauk kedai je laa...Mesti try sos ni, selalu cicah air asam je!

    ReplyDelete
  8. Kegemaran saya ni...CikManggis dekat rumah ni banyak pucuk ubi keledek tapi saya takde idea nak masak apa?

    ReplyDelete
  9. Sheila Shafeareen..wsalm.cuba lah kelainan rasa daun limau purut dan serai.ada rasa tomyam gitu:)

    izahdaut..tadi makan masa perut terlalu lapar..tambah nasi berpinggan-pinggan..bahaya:)

    K.Nor...jika bakar dalam daun pisang aromanya..hmmm

    Tummy..Lamanya internet tak baik baik lagi ya..tapi makcik tiap-tiap hari masuk dapur Tummy:)masuk lihat ada tuan ke tidak.

    Mas..hehe

    HALAMANKU..salam erma,mmg makan bertambah-tambah tadi.

    p3chandan..hehe jangan puji sebab bila time malas tu ada masa pun malas nak masak:)

    Malay-kadazan girl..best tu..goreng pun sedap,rebus cicah sambal belacan pun sedap,masak lemak putih pun sedap...cuba lah masak lemak style org Terengganu atau kelantan..rencahnya hanya bawang merah,lada hitam dan isi ikan rebus atau bakar.Tumbuk dan masukkan santan.Masukkan garam dan sedikit gula..makan dgn sambal belacan..cubalah ya:)

    ReplyDelete
  10. alahai...CM dalam cbuk2 pon smpat lagik wt menu mabeles ginih~~~

    ReplyDelete