LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, March 12, 2010

Tofu telur

Bahan-bahannya:) 4 potong tofu 1 inci halia muda-mayang halus 3 ulas bawang merah-potong nipis 3 ulas bawang putih-tumbuk kasar 1 daun bawang-potong kecil 1 biji cili masak-potong bulat 1 tbsp sos tirsm 1 tbsp kicap manis 1 tbsp sos cili Cara-caranya:)
  • Panaskan sedikit minyak jagung.Goreng bawang dan halia sampai perang ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga wangi
  • masukkan sos tiram,kicap dan sos cili.Kacau rata.Matikan api
  • Tuangkan keatas tofu .
  • Taburkan halia ,bawang goreng,cili potong dan daun bawang.Siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan untuk tofu telur:) 500 ml air soya tanpa gula 1 tbsp tepung jagung 3/4 tsp garam 5 biji telur Cara-caranya:)
  • Kacau telur dengan menggunakan garfu atau whisk hingga rata.
  • Masukkan kedalam air kacang soya
  • Masukkan tepung jagung dan garam.Kacau hingga sebati.
  • Tapiskan adunan dan masukkan dalam loyang yang sesuai.Kukus selama 20 minit.
  • Jangan lupa alaskan loyang dengan cling wrap sebelum tuangkan adunan agar senang untuk memotong tofu .(cm lupa nak alaskan dengan cling wrap jadi tofu melekat pada loyang)

7 comments:

  1. tau foo fa dah pass saya buat. bole ah buat taufu telur. suke sgt! thanks!

    ReplyDelete
  2. Hebatnya makcik sampai taufu telur pun boleh dibikin! Saya akan cuba, mungkin toppingnya ditaruh undang kering juga :)

    ReplyDelete
  3. salam paij..cubalah buat insyallah jadi.dan rasanya sebijik seperti yang terdapat dikedai

    ReplyDelete
  4. hi 3 hungry tummies..hehe thanks!sebenarnya udang keris sudah kehabisan.Jika ada tentu lebih sedap:)

    ReplyDelete
  5. 3 hungry tummies..oops sori,salah eja..udang kering

    ReplyDelete
  6. salam gerau..hehe mana hebatnya tu kihkih..biasa je,bukan buat yang susah seperti kek fondan ke atau kacau dodol ke hihi

    ReplyDelete