Friday, March 19, 2010

Kerabu jantung pisang

Salam dan selamat pagi.apa khabar pagi ini?semoga semua kerja bermula dengan lancar.permulaan yang baik mendatangkan hasil yang baik juga:).mula kan pagi anda dengan senyuman:)hehe..yeah..kerja sangat banyak ni..kemas rumah,cuci pakaian,kena pergi bank...masak tapi jika kita lakukan dengan ikhlas dan penuh kasih sayang pastinya kita rasa puas dan gembira:) Jom lihat masakan pertama untuk hari Jumaat ini cm masak awal sebab en hubby balik awal dan lunch awal. Kerabu Jantung pisang:) Bahan-bahannya:) 1 biji jantung pisang 1 ekor ikan kembung bakar 1 sudu lada hitam-tumbuk kasar 1 tsp gula 1/2 tsp garam4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1/2 cawan santan pekat 2 tbsp kerisik sedikit halia 1 biji limau nipis 2 biji cili masak-jika suka pedas guna cili api Cara-caranya:)
  • Jantung pisang dihiris nipis-nipis dan di celur hingga lembut.Toskan.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia sehingga lumat.
  • Asingkan isi ikan dari tulangnya.Tumbuk halus.
  • Satukan bahan -bahan diatas kedalam satu bekas.gaul hingga sebati.Masukkan santan dan rasakan gula serta garam.
  • Last sekali taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi dan perahkan jus limau nipis..siap! jika suka pedas taburkan hirisan cili api.

8 comments:

  1. kiter peminat gler jantung pisangg! tp sini susyah nak jumpa! owang jepong nih cume tau mkn pisang gaknyer! jantungnyer tk gheti nk makan! jakun btol! huhuhuu mintak byk kak!!

    ReplyDelete
  2. salam cm..mak cik suka jantung pisang,apa2 buat pun sedap, dimasak teresek,kerabu atau kalau malas direbus mkan dgn budu atau kalau malas lagi makan mentah gitu je..tapi buanglah yg keras ambil yg muda didalamnya...hai nampak gaya kena cari jantung pisang hari ni juga sebab terliur sangat..

    ReplyDelete
  3. Saya pasti nak cuba resipe makcik ni. Biasanya pakai resipi ibu saya ala Thai dengan udang bakar :)

    ReplyDelete
  4. bestnyer kerabu jantung..my peberet nie..

    ReplyDelete
  5. hana..hehe jeoun tak makan jantung pisang sb tak boleh buat sushi:)..nah ambik kita tapau :)

    ReplyDelete
  6. salam kakyam..cm mmg suka jantung pisang...tak kira masak cara apa sekali pun.Makan dengan budu apa tah lagi:)

    ReplyDelete
  7. 3 hungry tummies..masak dengan udang bakar?eh minta resepinya ya..bunyi sangat menarik:)

    ReplyDelete
  8. safrinz..jantung pisang ni banyak fiber:)

    ReplyDelete