Bahan-bahannya:)
175 gm tepung gandum
125 gm tepung beras
1 tbsp tepung jagung
1 cawan gula+1 1/2 cawan air dimasak hingga gula larut-sejukkan
1/2 tsp garam
200 ml santan pekat+600 ml air
pewarna merah
Cara-caranya:
- Satukan semua bahan bahan diatas kecuali pewarna merah kedalam satu bekas.kacau sampai sebati kemudian tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi diwarnakan merah
- Panaskan pengukus.
- Ambilkan sesenduk adunan warna putih curahkan kedalam loyang dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
- Kemudian tuangkan pula sesenduk adunan warna merah keatasnya.Kukus lagi hingga masak
- Lakukan peroses yang sama sehingga selesai
- Akhir sekali kukus selama 20 minit dan buka tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit sehingga permukaan kuih kering baru padamkan api.
- Tunggu sehingga kuih betul betul sejuk baru dipotong.
salam cm..berkilat nberseri n sama rata lapisannya..ni mesti tukang masaknya jenis yg sabar n tekun..kalau mak cik la agaknya lapisannya tebal agar cepat siap hehehe
ReplyDeleteMacik, sampai sekarang saya masih megupas lapis demi lapis :)
ReplyDeletesalam kak yam..membuat kuih lapis mengajar cm jd penyabar hihi tp saya buat dalam skala kecil je.
ReplyDeleteOMG, such a silky kuih lapis! Cantik lor akak lapis. Mintak cikit! Hehe.
ReplyDelete3 hungry tummies..hehe my son pun makan kupas lapis demi lapis:)
ReplyDeletelove..omo omo..hehe love makan nasi ke malam ni?
ReplyDeleteini kuih susah bagi kita...tapi masih dalam senarai...gerau memang fail lah kalau buat kuih tradisional ni...apalah sawannya. Tapi nampak sweet ajer.Macam senyuman along, anak CM masa potong kek kawin tu.
ReplyDeletegerau..boleh cuba resepi ni,insyallah jadi.eh itu alang bkn Along hehe langkah 2 bendul tu:)
ReplyDeletecikmanggis..cun sgt kuih lapis cm nih!! mmg rasa nk gigit2 dah haa!!hehe..pepun kerabu jantung pisang tu mmg kita suka banget..tp dh lama x merasa..waduh terliur dah ni!
ReplyDeletesalam inahar..kerja malam lagi ya?jika kita berjiran dapatlah cm hulur-hulurkan hehe
ReplyDelete