LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 17, 2010

Itik panggang

Salam dan selamat pagi.Hari ini Angah akan kembali semula kehospital jadi cm pun balik ke tempat asal..dapur:).Sudah 3 hari berpoya-poya sebab Angah cuti.... dia akan memulakan rotation baru iaitu Othopedik,katanya bahagian otho ni lebih relax sikit jika dibandingkan dengan bahagian Medical.Alhamdulillah hampir 1/2 perjalanan selesai untuk bergelar medical oficer.... Badan cm pun dah penat..orang tua memang tak larat nak ronda-ronda je...Rumah itu Syurga ku terutama bahagian dapur hehe...3 hari dapur diabaikan..macam tongkang kena bom:) Ok malam tadi cm memulakan mission memanggang itik.Cm beli di Jusco Wangsa Maju se ekor itik berharga 19.90 sen.Lupa pulak nak tengok berapa kg.Cm panggang 1/2 sebab itik tu saiznya agak besar.Bagi kawan-kawan yang gemarkan itik rasanya boleh cuba cara yang cm buat,hasilnya sangat memuaskan.very juicy,tender ...tertukar dengan daging panggang...betul tak tipu!hehe..jom lihat apa yang cm telah lakukan pada itik tu:) 1/2 ekor itik 3 tbsp kicap pekat 3 tbsp madu 1 biji lemon 3 tbsp tepung jagung 5 tbsp gula perang 2 liter air Cara-caranya:
  • Bancuh air bersama kicap pekat,gula perang,madu dan potongan buah lemon serta tepung jagung
  • Tuangkan kedalam kuali atau periuk.didihkan sampai mengelegak.perlahankan api
  • masukkan itik biarkan hampir tenggelam.Balik-balikkan
  • Masak selama 20-30 minit.
  • keluarkan itik.Letakkan atas rak besi.Biarkan kering selama 5 jam.
  • Panaskan ketuhar.
  • letakkan itik atas rak yang beralaskan dulang pembakar yang mengandungi air.
  • Bakar hingga itik bertukar warna menjadi perang.
  • Sejukkan.potong nipis-nipis dan dimakan bersama sambal kicap atau sambal belacan.
Selamat mencuba!!

10 comments:

  1. salam cm. wow nampak sedap n mudah membuatnya. makcik tak pernah masak itik, makan adalah tapi yg biasa kita disini ialah gulai serati..agaknya sama sedap kot..

    ReplyDelete
  2. Alamak kak...love tak makan itik...hehehe! quack quack!!! :)

    ReplyDelete
  3. cikmanggis tak boleh nak ngendenglah sbb kite tak berape ngan itik ni...tp nampak sungguh menyelerakan..rajinnye CM ni..

    ReplyDelete
  4. Eh enaknya itek makcik ni! Saya malas sekali nak panggang itek di rumah, kalau ada craving beli dari toko saja haha

    ReplyDelete
  5. salam cikmanggis..kita pernah sekali jek rasa itik masak rendang kt umah sil dulu..mmg sedap tp bila beli mi segera mamee perisa sup itik..alamak xleh masuk la pulak rasanye..hehe!

    ReplyDelete
  6. love..quack quack itik kejar love hehe

    ReplyDelete
  7. salam mohdandmeriam,itik serati lebih sedap jika dibandingkan dgn itik biasa,Tambahan pulak jika buat gulai darat.makan dengan nasi dagang memang ngam!.Tapi bagi kaum tionghua mereka memang suka makan itik -peking duck.

    ReplyDelete
  8. salam datin..jika kena cara panggang rasanya seakan-akan daging bakar tapi bahagian isi seperti paha dan dada.Jika gulai sedap datin cubalah tp en hubby cm suka panggang.

    ReplyDelete
  9. 3 hungry tummies..makcik kena panggang sendiri di rumah sebab sangat sukar untuk dapatkan itik panggang yang halal di Malaysia.jika ada di kedai chinese muslim pun very expensive.

    ReplyDelete
  10. salam inahar..keje malam ke?mmg orang melayu tak suka itik panggang sebab ada baunya seperti dalam me segera tu..tp jika buat rendang mmg ngam!

    ReplyDelete