Wednesday, September 2, 2009

cucur kacang dal

Salam dan selamat petang.Cikmanggis dah siap awal juadah berbuka untuk hari ni...jadi sementara menunggu berbuka sempat nak buat n3 untuk hari ni.Malam memang tak ada masa langsung,Selepas terawih mata dah tak boleh nak buka.Kuih untuk petang ni adalah cucur kacang dal.Cm belajar dari seorang kenalan indian muslim.Rasanya ada orang panggil kuih ni masalodeh. Anak lelaki cm yang besar tu memang suka kuih yang savoury seperti cucur udang,cucur kacang dal dan curry puff.sedih juga mengenangkan anak cm akan beraya ditempat orang.Tengah bulan ni beliau akan berangkat ke Ireland untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan mengikut jejak langkah dua orang kakaknya...sedih sebab anak cm ni sangat manja dengan kami...anak yang sangat baik dan mendengar kata,tidak pernah menyusahkan kami.Demi masa depannya kami doakan kejayaannya. Bahan-bahannya:) 2 cawan kacang dal 1 biji telur 3 sudu makan tepung gandum 2 biji cili merah 2 tangkai daun kari 1 labu bawang besar 1/2 sudu eh jintan manis Garam secukup rasa 3 sudu makan udang kering Cara-caranya:)
  • Rendam kacang dal selama 2 jam ,cuci bersih dan toskan
  • Kisar kering kacang dal tadi-ketepikan
  • Udang kering ditumbuk kasar
  • bawang besar dipotong kiub
  • jintan manis ditumbuk kasar
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas gaul hingga sebati,masukkan sebiji telur dan daun kari,kacau hingga rata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kuning seperti menggoreng cucur udang.
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa:)

7 comments:

  1. lamanya tak makan kueh ni..
    sekarang ni tak sempat kueh2, makan
    aje ape yg ada di atas meja..
    almaklumlah balik da petang..letih..;P

    ReplyDelete
  2. lupa nak tanya, anak makcik belajar di U mana?

    ReplyDelete
  3. ni ala-ala cokodok hihi..anak makcik dapat university of cork ireland

    ReplyDelete
  4. rajin kau eh cikmggis..
    aku skrg ni amat2lah malas
    ntah asyik ngantuk jer
    sedap kuih cucur dal ni

    ReplyDelete
  5. Salam akak CM....syukur anak2 akak berjaya dalam bidang akademik...insyaallah masa depan dia orang dah terjamin....Watie doakan moga anak2 Watie juga akan berjaya macam anak2 akak....Amin!!Tiada yg lebih indah bila melihat kejayaan anak2...

    ReplyDelete
  6. el...beli je el..pasar ramadhan banyak tp pilih gerai yang bersih dan sedap

    ReplyDelete
  7. Watie..insyallah mudah2an anak-anak watie pun berjaya juga dalam pelajaran dan dalam kehidupan ni..berdoa la dan berusaha insyallah

    ReplyDelete