Thursday, September 3, 2009

selamat pagi

Barang-barang semua dah siap kemas..ngam ngam 25 kg



Gambar semasa tadika..kak ina kl masih ingat tak?seorang budak lelaki yang sangat pendiam dan sangat comel ni hihi


.
Salam dan selamat pagi,pagi ni baru ada masa terluang untuk mengadap komputer....seminggu dua ni memang teramat sibuk ...banyak urusan nak kena bereskan.Hari ni cm nak tulis" apa-apa je" sebab masih awal nak masukkan n3 menu....belum fikir apa nak masak ...sedang tengok tengok blog kawan-kawan...nak rembat resepi yang nampak sedap dan nampak senang:)

Minggu lepas kedua ibu bapa cm datang berpuasa beberapa hari di rumah cm kemudian mereka bergilir gilir berpuasa dirumah adik beradik yang tinggal di kl ni....seronok anak ramai ni kan!kami ada 5 beradik yang tinggal di sekitar lembah kelang ni dan masih ada 4 beradik lagi yang berada dikampung dan seorang di Kuala Trengganu...tak terlarat mak ayah nak buat rotation ramadhan.

Tujuan utama kedua orang tua cm datang berpuasa kerumah cm ada lah untuk "berjumpa" dengan anak lelaki cm yang akan berangkat ke Ireland tak lama lagi.Terharu rasanya terutama bila lihat bilik kosong yang mereka gunakan hari tu..sebak....lihat katil tu terbayang bayang mereka berdua ....syukur Alhamdulillah kerana masih mempunyai kedua ibu bapa....

Emosi pulak cm pagi pagi ni..jom kita tengok gambar-gambar ni :)

10 comments:

  1. famili belah hubymu chinese yer...

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa masih ada mak bapak full set :)

    ReplyDelete
  3. kucingorengemok...alhamdulillah,dua dua masih ada,mak 70 tahun dan ayah 80 tahun.dah ada 2 cicit dan 32 orang cucu

    ReplyDelete
  4. salam kak sihat ke?Alhamdulillah seronok tgk anak2 akak semua berjaya

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak gi jumpa wan n mak cm nanti sampaikan salam kat mereka dan zuhri ye.

    ReplyDelete
  6. memang syiok kalau dapat round umah adik-beradik masa posa.

    ReplyDelete
  7. datin..wsalam,insyallah,wan n mak masih kat Kelang,tak berapa sihat.minggu depan baru balik kb.

    ReplyDelete