Resipi asal : Jo' Deli & Bakery.
My Kitchen Snippets
Bahan-bahannya:
6 biji telur.
110 gm gula halus.
150 gm tepung kek.
1/2 tbsp ovalet.
1/2 tsp baking powder.
100 gm butter-melted.
30 gm susu pekat manis.
1 tsp esen vanilla.
1 tbsp serbuk koko *
1 tsp kopi serbuk kopi segera *
*Bancuh dengan 2 tbsp air panas.
Cara-caranya:
- Panaskan oven dan sediakan loyang berukuran 8 inci.Sapu dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder-ketepikan.
- Pukul telur,tepung,gula dan ovalet dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit sehingga adunan bertukar menjadi ringan dan kental.
- Masukkan susu pekat manis,melted butter dan esen vanilla.Pukul sekejap dengan speed yang perlahan sehingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan ke pada dua bahagian.Satu dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi ditambah dengan bancuhan serbuk koko dan kopi segera.Kacau hingga rata.
- Dengan menggunakan sudu makan(tablespoon).Sudukan yang warna asal sebanyak 3 sudu ke dalam loyang .Kemudian di ikuti dengan adunan perisa koko sebanyak 3 sudu juga.Lakukan berselang seli sehingga adunan tinggal 1/2.
- Kemudian sudukan 2 sudu makan dan selang seli dengan adunan perisa koko sehingga akhir sekali kurangkan sehingga 1 sudu setiap adunan.
- Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak.
- Biarkan kek dalam tin pembakar selama 10 minit sebelum di keluarkan dan di terbalikkan ke atas rak besi.
Kek yang menjadi pilihan anak-anak .Terima kasih Gert kerana resipi yang menarik ini.Pertama kali Cm berjaya buat belang Kuda Belang ni ,walau pun belum sempurna :).....Selamat mencuba.
Salam cm...nanti akan saya cuba.
ReplyDeleteSehari sebelum raya saya cuba buat kek buah resepi cm tapi terlebih masak membuatkan kek tu kering.
cantik sangat kejadian kek zebra tu..
ReplyDelete