Friday, April 4, 2014

Roti Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bekalan labu berterusan  di dapur Cm ini sejak Along menetap di Kuantan.Setiap kali balik dia akan bertanya samada mahu labu atau tidak.Macam macam boleh dimasak dengan labu.Masak lemak,masak bening,cucur,lepat,kek ,bingka,talam dan roti.Cm suka labu sebab ianya tahan lama.Tak perlu risau atau bimbang takut ianya busuk walaupun tidak di letak dalam peti sejuk.
Kali ini Cm mencuba resipi dari geng kelab roti fb Puan Isma Maisarah.Alhamdulillah gebu tapi sayangnya Cm terlebih bakar.Semasa roti dalam oven ada orang datang menghantar barang asyik berborak   hampir terlupa pada roti ini.Nasib baik tidak terbakar.

Roti Labu.

Sumber : Isma Maisarah.

Bahan-bahannya:

100 gm labu-kukus dan lecek halus.
250 gm tepung gandum.
1 1/2 tsp yis serbuk.
1/2 tsp bread improver.
4 tbsp gula (+/-)
2 tbsp susu tepung.
1 biji kuning telur.
50-60 ml air sejuk.
50 ml minyak masak.
Secubit garam.
Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk pengadun kecuali air.Saya guna mixer .
  • Uli dan masukkan air sedikit demi sedikit.Saya tidak habiskan semua air tadi kerana labu pun dan lembik dan ada cecair.
  • Uli sehingga elastik.Perapkan sekejap sehingga doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh untuk buang udara  di dalamnya.
  • Bentukkan bulat bulat mengikut saiz yang dikehendaki.Tadi saya dapat 13 ketul semuanya.
  • Susun di dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Semasa masih panas  sapukan dengan sedikit butter pada permukaan roti.
Hitam manis..si hitam manis.
Pandang tak jemu ..pandang tak jemu...

Hehe inilah roti yang hampir terbakar  tp memang gebu sangat dan bahagian yang hampir hangus itu yang paling sedap,

1 comment: