Wednesday, April 2, 2014

Donat Kentang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Masyallah terkial kial hampir tak dapat nak masuk kerana hampir terlupa password sendiri.Lama sungguh tak kemaskini dapur maya Cm ini.Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah dan menyapa Cm.Insyallah jika ada kesempatan Cm akan datang buat kunjungan balas ya.

Pertama kali Cm mencuba buat  Donat Kentang hasil daripada menjadi ahli kelab roti di fb.Banyak yang Cm belajar secara tak langsung.Geng kelab roti sungguh baik hati dan tidak kedekut ilmu terutama Ustaz Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan abah.Beliau sungguh kreatif dan selalu berkongsi jika berjaya dalam ujikajinya hehe.Dapur tu kira makmal roti ustaz Abdullah.

Donat Kentang.

Resipi asal :Taharunisa Jali
                  Kelab Roti.
                  Ustaz Abdullah.

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum.
1 biji kentang-kupas kulit dan rebus.Lenyek hingga halus.
1 biji telur + 1/2 tsp garam-pukul dengan garfu.
2 tbsp susu tepung.
70-100 ml air ais.
1 1/2 tbsp sgortening.
2 tbsp gula halus.
1 tsp baking powder.
1 3/4 tsp yis mauripan.

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer kecuali air.
  • Uli perlahan-lahan dan masukkan air sedikit demi sedikit.Jangan masukkan semua jika nampak ok tak perlulah habiskan air tu ya.
  • Uli sehingga sebati.Akhir sekali masukkan shortening.Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  • Rehatkan doh sehingga kembang  dan double dari saiz asalnya.
  • Tumbuk doh dan gelek mengikut ketebalan yang di sukai.
  • Terap dendan acuan donat dan rehatkan sekejap agar doh kembali kembang.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
  • Taburkan dengan sedikit gula halus.
Kena berhati-hati semasa menggoreng donat kentang ini kerana dohnya agak lembut jika tersalah  pegang doh akan tercedera dan akan tiba-tiba penyek jadi bila di goreng donat tak kembang seperti yang sepatutnya.

Selepas diterap saya letak donat yang belum di goreng di atas sekeping plastik yang di tabur dengan sedikit tepung.Jadi semasa nak menggorengnya saya angkat bersama plastik dan perlahan-lahan turunkan donat ke dalam kuali.Pastikan plastik tidak termasuk ke dalam minyak panas pulak ya :)

Lain kali saya akan kurangkan lagi sukatan untuk airnya sebab jika doh terlalu lembik ,bila di goreng ianya akan serap minyak.Inilah yang terjadi pada donat kentang saya pada kali ini.Insyallah akan cuba lagi.

Oh ya donat kentang ni rasanya seperti donat yang di jual kat Giant tu :) pada mereka yang nak buat bisnis memang sesuai lah kerana hasilnya sungguh lumayan .Lupa pulak nak kira berapa biji yang saya dapat tadi tapi memang banyak dari satu adunan ini...selamat mencuba ya ....

5 comments:

  1. CM, heh..heh....PH ni pantang kalau nampak donut. Kurang-kurang lima nam bijik boleh lesap....

    ReplyDelete
  2. Salam kenal, saya penggemar donut no.1 lagi yang homemade ini

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan....nk tny kalo tkder stok shortening tu blh ganti dgn apa yea? tq

    ReplyDelete
  4. Salam rindu pada makcik dan ustaz abdullah

    ReplyDelete