Sunday, February 16, 2014

Tauhu Lembut Kukus I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tauhu Lembut Kukus.

Bahan-bahannya:

4 keping tauhu lembut.(nak belah dua pun boleh)
4 tbsp udang kering-rendam sekejap-tos.
5 ulas bawang putih
3-4 biji cili api (jika tak suka pedas tak payah letak)
Sedikit serbuk lada sulah.
Sedikit sos tiram.
Sedikit kicap manis.
Garam dan gula secukup rasa.

Tabur.

Daun sup.
Cili masak.
Bawang goreng.

Cara-caranya:


  • Perap tauhu dengan sedikit garam,gula,serbuk lada sulah,kicap manis dan sos tiram 2-3 minit.
  • Kukus 4-5 minit.
  • Tumbuk bawang putih dan udang kering serta cili api.Taburkan ke atas tauhu dan kukus lagi sekejap.
  • Bila dah masak taburkan dengan daun bawang,bawang goreng dan potongan cili masak.
  • Sedap dimakan ketika masih panas.

6 comments:

  1. sedap lagi menyihatkan ni kak... sy suka makan tauhu... tp anak2 kurang suka...

    ReplyDelete
  2. Sedap tu, CM! Makan gitu jer dengan nasi pun dah puas hati.

    ReplyDelete
  3. Salam cm...saya suka makan masakkan ini tapi tak tahu buat. Lepas ini bolehlah saya cuba ikut recepi cm, terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
  4. Bestnyalah kalau kita berjiran, Diana suka menanam tapi tak rajin masak hehehe....
    Sekarang ni banyak hasil pass dekat babysitter Rayyan sebelah tadika dia di Shah Alam. Dapatlah lauk kekadang hehee...

    ReplyDelete