Sunday, May 13, 2012

Lasagna Sempoi:)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari Ibu.


Pertama sekali Cm nak ucapkan selamat hari ibu buat semua insan yang di panggil ibu,mak,mama,mami,wan,mek,cek,bonda........Semoga anda semua dikurniaankan seribu kebahagiaan bersama keluarga tersayang.......semoga anda memperolehi kebahagiaan di dunia dan kebahagian berlipat kali ganda di akhirat nanti..amin......

Terima kasih buat Angah & Joe kerana belanja kami makan  sempena hari ibu :)..walaupun ada "orang" tu yang hampir nak angkat punggung kerana menunggu makanan yang tak kunjung tiba tapi makan malam tadi adalah satu makan malam yang indah...bukan senang nak dapat masa bersama-sama berborak dan ketawa terkekek..kekek :) cuma lain kali kita pangkah je restoran tu ya! hehe.


Lasagna.


Inilah makan malam kami 3 beranak.Lasagna adalah makanan kegemaran si Adik.Jika kita masak sendiri baru puas memakanya.....Dapat makan berulang-ulang sampai "pengsan" kekenyangan.Walaupun rupa kurang "Cun"tapi rasa nya tetap sedap:)puji diri sendiri.




Bahan-bahannya:)


400 gm daging ayam cincang.
1 biji telur.
1/2 cawan sos pasta /spaghetti.-Cm guna jenama  Prego .
3 tbsp sos tomato.
Minyak zaitun secukupnya.
1 labu bawang besar-cincang .
3 ulas bawang putih-cincang.
3 tbsp sos cili.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
3 tangkai daun basil.
Garam dan gula secukup rasa.
Keju parut secukupnya.
1 tangkai daun ketumbar.
Kulit Lasagna secukupnya.
 (Sila abaikan bayang-bayang tangan halus yang tak sabar nak korek Lasagna ini:)

                                   
Cara-caranya:


  • Rebus kulit Lasagna sekejap dan toskan airnya.
  • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang merah hingga layu.
  • Masukkan daging  ayam cincang dan kacau rata.
  • Masukkan sos spaghetti,sos tomato,sos cili,daun basil,serbuk lada hitam,daun ketumbar.Kacau hingga rata,
  • Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sehingga kuahnya agak pekat.
  • Matikan api dan masukkan telur.Gaul hingga sebati.
  • Alaskan kulit lasagna kedalam bekas yang sesuai.Letakkan inti dan taburkan denga keju parut,
  • Kemudian lapiskan  dengan kulit lasagna dan lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Akhir sekali tutup permukaan dengan kulit lasagna dan taburkan dengan  keju parut..Renjis  dengan minyak zaitun pada permukaannya.
  • Bakar hingga warna perang keemasan.Sedap dimakan ketika masih panas.....

15 comments:

  1. salam cm. Selamat hari ibu.
    Wah.. sempoi sangatlah lasagna ni. Memanglah tak sabar nak ngorek sebab nampak pun amatlah sedap.

    maryam dah pandai apa cm.

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu kak CM =) nmpk sedap sgt lasagne tu..dh lama tun x makan..
    tun kalau restoran serve makanan lambat sgt, mmg next time xpegi dh tempat tu. walaupun makanan dia ok.. hihi.. kurang penyabar sket, lagi2 kalau time tgh lapar betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Tun..ya..jika perut lapar lg tak sabar...memang kena pangkah cam Ali baba bujang lapuk dah restoran tu hehe.

      Delete
  3. Happy Mother Day!
    Cepat je rasa masa cepat berlalu, Maryam dah pandai jalan dah.
    Saya ada beli kulit lasagna dah setahun lebih tak buat-buat;-)...tengok CM punya lasagna ni ada bagi motivasi nak buat...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana.Selamat hari ibu juga buat Diana..hari-hari.. hari ibu hehe.Buatlah ..buat yang simple tak banyak bahan bahannya..masih juga sedap:)

      Delete
  4. Salam CM.. Selamat Hari Ibu.. wah terliurnyer nengok Lagsana.. kalau wat sendiri memang puas ati.. tgk cheese tu.. nyum2.. ppsssttt pasal restoren serve out neh memang kadang tu pangkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.Terima kasih :)Buatlah yang simple begini..cepat dan sedap:)

      Delete
    2. oh ya..kami dah pangkah ..silang pangkah dah kedai tu hehe

      Delete
  5. Assalam CM, selamat hari ibu. sedapnya tgk lasagna...saya pun suka mkn tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.Terima kasih Nieza..anak anak suka makan lasagna ni:)

      Delete
  6. lama x mkn lasagna...
    haii nak wat sndiri x reti..hehehehe

    pstttt Fasha Sandha hamil..bunting pelamin eh :)

    ReplyDelete
  7. Salam makcik! Sudah lama sekali tak kunjung dapur makcik. Sihat sihat belaka semuanya? dah pindah ke?
    Oh selamat hari ibu buat makcik juga :)

    ReplyDelete
  8. Delivery Ninie's Lasagna ~ Yummy & Creamy ~ In Lembah Kelang.
    Jasni Zam - Wed 23/May/12, 10:02am
    KEPADA PEMINAT MAKANAN WESTERN FOOD..BOLEHLAH HUBUNGI KAMI UNTUK MENEMPAH UNTUK MAJLIS KERAIAN..SEPERTI:

    1)HARI JADI
    2)EVENT HARI KELUARGA
    3)MERAIKAN RAKAN2 PEJABAT ANDA
    4)MENKMATI SEPERTI DI MC DONALD
    DAN MACAM2 MAJLIS LAGI KAMI SEDIA TERIMA TEMPAHAN..

    UNTUK PACK MENCUBA KAMI MENYEDIAKAN DENGAN HARGA RM 12 UNTUK 2 ORANG MAKAN..

    JENIS LASAGNE
    1)CHICKEN
    2)BEEF
    3)LAMB..
    PASTIKAN ANDA MENCUBANYA SATU KENIKMATAN PASTI TIDAK MENGHAMPAKAN ANDA..

    SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN :0166994581.PN NORAINI

    ReplyDelete