Tuesday, May 8, 2012

Ban Inti Kacang Merah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Satu lagi resepi yang Cm ambil dari dapur Ayin yang pakar dalam membuat roti dan kek.Terima kasih Ayin.Walaupun resepinya sungguh simple tanpa ejen tambahan untuk  pelembut dan penaik,roti ini tetap lembut dan gebu.Cm letak inti kacang merah kegemaran suami.Sungguh sedap dimakan sebaik saja keluar dari ketuhar......makan ketika masih panas...


Bahan-bahannya:


250 gm tepung roti.
50 gm tepung gandum.
1 1/2 tsp yis .
50 gm  gula halus.
100 ml susu segar( Cm letak 120 ml)
2 biji kuning telur.
50 gm unsalted butter.
1/2 tsp garam.
Pes kacang merah secukupnya.( Cm beli yang telah siap dari kedai Yummy Bangi))

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali butter..
  • Uli sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan butter dan uli sehingga elastik/kenyal.
  • Jika menggunakan mesin pengadun tidak perlu perap.Terus bentukkan bebola seberat 60 gm setiap biji.
  • Letakkan inti dan tutup dengan kemas.
  • Aturkan di atas dulang yang disapu dengan butter.
  • Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda dari saiz asal.
  • Sapukan dengan telur(1 biji telur di pukul ringan dan campur dengan susu segar)
  • Bakar sehingga perang keemasan( Cm terlebih perang kerana inginkan atas roti yang keras/ranggup ketika masih panas)


Alhamdulillah .Hasil yang sungguh memuaskan.Roti yang sungguh lembut.:)Selamat mencuba ya.....

9 comments:

  1. good evening kak cm, roti kak nampak sunggug gebu. I pun baru selesai buat bun malam tadi.

    ReplyDelete
  2. wahh..uda buat ya cikmanggis hehe...isi kacang merah enak betullll...

    ReplyDelete
  3. kak CM.. tun buat pau kacang merah.. hihi.. sedap!

    ReplyDelete
  4. wahh nmpk gebunya roti CM, terguda la..mcm terus nk g buat tengok bhn2 sume ada tu..:)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya dapat makan panas-panas waktu breakfast kat sini dah mula sejuk. Diana boleh makan 7 ketul tu non-stop. :).

    ReplyDelete
  6. Dah lama nya tak ke mari. Gara2 ubah setting, link semua gone..

    tengok2 kat sini.. mak aiiiii sedap kalau cicah nescafe nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...cm apa khabar?

      Sedap dimakan waktu panas2...

      Delete
  7. nyaaamm...dapnye kak! nak try insyaAllah nanti

    ReplyDelete
  8. datang sambil cedok ilmu meroti kat dapur CM..thanks for sharing

    ReplyDelete