Tuesday, April 10, 2012

Mee Siam Goreng.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nostalgia


Bila sebut Mee Siam dan Kacang Kuda Pedas pastinya terkenang zaman sekolah menengah dulu-dulu.....nostalgia sekali.....semasa tinggal di asrama disebuah sekolah berasrama penuh di Jb....kakak kakak senior pernah memasak Mee Siam dan Kacang Kuda Pedas untuk jualan di Koop atau jika ada program jualan  makanan(Ingat-ingat lupa)..tetapi rasa Mee Siam dan Kacang kuda tu tak pernah lupa.....Sangat sedap sekali..

Cm pernah beberapa kali cuba  masak Mee Siam dan kacang Kuda Pedas tetapi tak dapat menandinginya.... mungkin kerana ketika itu usia Cm belasan tahun dan sekarang dah 50an hehe.....Selera pun dah berubah...atau pun mungkin juga ketika itu sedang "kelaparan"......maklumlah ,dulu-dulu  mana ada mak ayah datang menziarahi setiap minggu dan bawa stok makanan seperti anak anak sekarang....Tambahan pulak jarak yang sungguh jauh.....

Kelantan dan Johor Baharu satu destinasi yang sungguh jauh (ketika itu la..).....Setiap cuti penggal persekolahan kami pelajar pelajar dari Kelantan menaiki keretapi ,bertolak pukul 10 malam dari Jb dan sampai di  Wakaf Baru pada pukul 5 petang keesokan harinya....bayangkan..lubang hidung kami hitam dimasuki asap hehe..Nostalgia:) ..yang menariknya ada dikalangan kami yang bertemu jodoh diatas kereta api :)

Bahan-bahannya:)

1/2 peket bihun-rendam dengan air paip hingga lembut.
5 ulas bawang putih.
7 ulas bawang merah-potong nipis.
2 tbsp udang kering.
3 biji cili kering-rebus sekejap-tos.
1/2 tbsp taucu.
10 ekor udang-buang kulit.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.
Sedikit kicap manis.
sedikit sos tomato.
2 keping tahu-dadu dan goreng.
1 cawan tauge.
3 pohon daun kucai-potong aga-agak 2 inci.

Hiasan:
1 biji cili masak-potong nipis.
Segenggam kacang tanah-goreng tanpa minyak & tumbuk kasar.
2-3 biji limau kasturi.
Daun bawang.
3 biji telur-rebus.

Sos Taucu

6 tangkai cili kering-rebus& tos.
1 tbsp taucu.
1 tbsp udang kering.
3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah.
Gula secukup rasa.
Air secukupnya.

Cara-caranya:)


  • Kisar bawang putih,taucu,udang kering,cili kering  dengan sedikit air hingga halus.
  • Panaskan minyak ,goreng bawang merah hingga raggup-ketepikan.
  • Dengan mengguna minyak yang sama ,tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan udang dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air .
  • Masukkan kicap manis,sos tomato ,gula dan garam(jika dah masin tak perlu masukkan garam.)
  • Kemudian masukkan bihun.Gaul rata.Jika perlu tambahkan sedikit lagi air.
  • Masukkan bawang goreng,tauhu goreng,daun kucai dan tauge.Kacau hingga sekata.
  • Siap untuk dihidangkan bersama sos taucu,potongan telur rebus,daun bawang,taburan kacang tanah ,limau kasturi dan hirisan cili masak.


Sos Taucu:)



  • Kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,taucu  dan udang kering hingga hancur.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan sedikit air.
  • Masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan gula secukup rasa.
  • Jika suka sos yang cair tambahkan lagi air atau jika suka sos yang pekat ,masak sehingga sosnya pekat.


7 comments:

  1. Salam cm...Banyak kenangan pahit manis yang kita lalui masa lalu tapi bila diceritan pada anak2 mereka hanya ketawa kan.

    Saya suka kalau makan mehon yang ada campuran taucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zai..hehe seronok bila kenang kembali zaman dulu dulu..ya btol zai..anak anak gelak je:)

      Saya pun suka mihun yang bertaucu:)

      Delete
  2. Baru lepas makan malam...melelh balik air liur. Sedap ni CM favourite akak lebih2 lagi sos tocu

    ReplyDelete
  3. hehe sama lah kita:) Cm pun sukakan sos taucu tu.

    ReplyDelete
  4. salam cm...liza xpernah buat lg mee siam grg ni, teringin jugak nk cuba, nak2 bila cm cakap sedap...liza cnp resepi dulu yer...thnx
    cm ni org kelate jugak ke? hihihihi

    ReplyDelete
  5. kak CM.. siap ada kuah khas tu. mmg special betul mee goreng nih. tun x reti sgt mkn taucu. ye laa.. 25tahun idup xpernah jumpa, kawin ngan org johor baru nmpk taucu dlm petu sejuk. hihi.. blm pernah try masak guna taucu lg. slow2 belajar makan =)

    ReplyDelete
  6. haha..kak lucu sangat..cakap tentang lubang hidung tu! lena tak pernah masak dengan kicap manis but your mee siam looks sedap!

    ReplyDelete