Thursday, April 26, 2012

Chia Seed Ciabatta Bread

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sahabat.

Ramai kawan-kawan Cm yang memperkenalkan diet yang sihat apabila mengetahui Cm mempunyai masalah  uric acid yang tinggi dan Cm rasa bersyukur kerana mempunyai sahabat yang perihatin.Selain dari Pn .Neo,Ibu stephy jugak ada mempunyai petuanya tersendiri.Dia menggalakkan Cm mengambil 1 tbsp Organic  Extra Virgin Olive Oil setiap pagi.Katanya amalkan selama tiga bulan dan cuba lihat hasilnya.sambil itu hendaklah berpantang dari mengambil makanan yang mengandungi purin yang tinggi.


Chia Seeds.

Semalam Liza membawa Cm ke kedai yang menjual Chia Seeds( setelah berminggu-minggu Cm mencarinya).Harganya agak mahal tapi tak apalah kerana Cm ingin mencubanya.Apabila dicampur dengan minuman rasanya seakan-akan biji selasih.sedap.:)...Kepada kawan-kawan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang  khasiat Chia seeds ,sila ke SINI.


Chia Seeds Ciabatta Breads.

Hari ini Cm nak berkongsi satu resepi roti yang sihat.Cm tambahkan dengan Chia Seeds.Roti ciabatta ni berbentuk leper seperti tapak selipar sebab tu di kenali sebagai roti selipar atau Ciabatta dalam  bahasa Itali.....Jom kita lihat apakah bahan-bahannya:)

Bahan-bahannya:


Starter:

1/2 cawan air.
3/4 tepung roti.
1/2 tsp yis.

Satukan semua bahan-bahan diatas ke dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap ,biarkan  selama semalaman di suhu bilik.


Doh:

1/2 cawan air.
1 tbsp susu tepung.
2 tbsp olive oil.
1 1/2 cawan tepung roti.
1/2 tsp garam halus.
1 tsp gula.
1 1/2  tbsp chia seeds(1/2 cawan Chia Seeds +2 cawan air disimpan dalam peti sejuk semalam)
1/2 tsp yis.


Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan di atas(Starter & Doh) kedalam mangkuk pengadun. 
  •  Uli sehingga sebati dan doh kental.
  • Biarkan doh sekejap,lebih kurang 10-15 minit.
  • Kemudian bahagikan doh kepada  3 bahagian.Doh agak lembut dan melekit jadi taburkan sedikit tepung semasa membentuk menjadi leper dan memanjang seperti tapak selipar.
  •  Aturkan ke atas dulang pembakar dan biarkan doh naik sehingga double dari saiz asal.Tabur dengan sedikit Chia Seeds jika suka.
  •   Bakar hingga kuning keemasan

Selamat mencuba ya....Rasa roti Ciabatta ni kenyal-kenyal dan lembab.Mungkin  pengaruh daripada Chia seeds menyebabkan ianya "Moist". Hari ini Cm buat dua adunan jadi hasilnya agak lumayan.Cara menyimpannya senang je,balut roti dengan cling wrap dan simpan dalam freezer.Keluarkan 20 minit sebelum digunakan.

***Resepi asalnya Cm ambik kat SINI

14 comments:

  1. asslm CK...wah sgt gebus roti tu QH tgk...

    ReplyDelete
  2. Salam makcikkk!! suke tgk kejadian roti tuu, gemok betul! hihihi... chia seed ni benda yg baru bg kita :D jakun sgt2 nii hihihi...

    ReplyDelete
  3. belum pernah dengar pasal chia seed tu... tq kongsi info kak..

    ReplyDelete
  4. Assalam CM, waaaah cantik gebusss roti dia....Ummi pun penah amik resepi roti guna starter dough ni...tp x buat2 pun lagiiii....

    ReplyDelete
  5. Salam CM.. moga cepat stabil n tiada masalah lagi he he he.. wah nampak sedap n gebu tgk.. erma pernah nampak ada kat kedai kek jual pau chia seed.. tapi x pernah try lagi.. he he he

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Salam cm...first time dengar chia seed dan terima kasih kongsi info.

      Delete
  7. selamat pagi kak, i love the golden crust of your ciabatta! Lena tak pernah rasa chia seeds tapi pernah tengok dekat organic shop. Sounds interesting to use chia seeds in baking.

    ReplyDelete
  8. apa kabar cm. Lama nak borak..

    ReplyDelete
  9. hi,

    just wanna know where you got the chia seeds? thanks.

    ReplyDelete
  10. salam cm
    info yg baik nie..tak penah dgr pun psl chia seeds..gebusnya roti yg berkhsiat nie..

    ReplyDelete
  11. salam kak cm, kat mane nk beli chia seeds ni? tq :) eena

    ReplyDelete
  12. 🌹Assalamualaikum🌹
    Salam 1 Malaysia

    Hai..Saya Nor..
    Stokis Anaqah Gold Kuala Terengganu..

    Berminat dengan produk Anaqah Chia Seed
    Yg mmg meletopp nie

    ☎☎☎
    Nor 0179404809

    Cod 🚙🚙🚙
    Kuala Terengganu
    Bukit Paying
    Chendering
    Marang
    Sebarang Takir
    & Kawasan berdekatan

    📬📬📬
    Pos 1Malaysia

    #wanted Dropship & Agent

    #sihat2gojesss
    #teamNZE
    #teamciklala
    #teamanaqah
    #sebutirsejutarahsia

    ReplyDelete