Sunday, March 18, 2012

Pineapple Rolls /Nastar & Pineapple Tarts.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah.Akhirnya dah siap pineapple Rolls dan Pineapple Tarts yang Cm usahakan sejak dari pagi tadi:).Semalam masak rendang,nasi himpit and the gangs dan hari ini masak tarts nenas,rasa macam dah nak raya pulak......Sebenarnya  Cm berkenan sungguh bila lihat step by step dalam blog INI...nampak senang je tapi bila nak gulung doh melekat pada plastik.Kena berhati-hati sekali semasa menggulungnya.
Cm guna doh yang sama untuk membuat tart nenas dan pineapple rolls tetapi rasanya berbeza.Yang digulung seperti gambar diatas  sungguh ranggup dan rapuh.Rasa seperti Biskut Butter.tetapi dengan doh yang sama apabila digulung seperti Tart biasa ianya peroi dan lembab.Sedap  tetapi agak manis.Lain kali kena kurangkan gula untuk dohnya.
Bahan-bahannya:)..Tuan asalnya: Indochine kitchen.Ika dan My Kitchen Snippets.

200 gm butter.
50 gm gula halus.
40 gm susu tepung.
20 gm tepung jagung.
2 biji kuning telur.
280 gm tepung gandum.

Bahan-bahan untuk sapu:

2 biji kuning telur.
setitis pewarna oren.
Cara-caranya:)


  • Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kental.
  • Masukkan semua tepung gandum,tepung jagung dan susu tepung.Uli sehingga sebati.
  • Untuh membuat pineapple rolls-gelek doh dengan ketebalan 0.3 cm.(agak-agak).dengan beralaskan   sekeping plasik.
  • Masukkan jem kedalam piping beg dan tekan memanjang.Gulung perlahan-lahan seperti membuat swiss roll.Potong sepanjang 4 cm setiap satu.Aturkan keatas dulang yang disapu dengan butter atau untuk lebih senang alaskan dulang dengan baking paper.
  • Sapukan permukaan biskut denga kuning telur.Bakar hingga kuning keemasan.
  • Untuk tart gulung biasa-masukkan doh kedalam acuan tart gulung dan letakkan jem nenas dan gulung seperti biasa.sapu dengan kuning telur dan bakar hingga masak.

Nota:Kurang berpuas hati dengan bentuk Pineapple Rolls ini.Kena buat sekali lagi ..kena lembutkan tangan yang keras macam kayu:)

7 comments:

  1. Salam CM..
    hehehe mcm nak raya plak :)
    Menu yg lps rendang ayam n the gang.. nie ada nastar n roll tart.. sedap nyer kalau dpt rasa hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Makcik! mmg dah mcm raya dah ni hihihi.... sblm ni ada rendang nasi himpit sume, skrg ni ada tart pulak :D kita tak pernah cuba pulak nak buat bentuk tart, nanti nk cuba buat lagi kalau ada inti nenas :D

    ReplyDelete
  3. Aslmkm CM. . Wahhhh! Dah siap ya pineaple roll nya. Sue hantar sekut nestum kismis ni. . Nak mintak peneaple roll akk sikit. . Heeeee

    ReplyDelete
  4. Salam CM....bestnye tart nenas..kegemaran saya, baru buat hari tu...nanti nk buat lg mcm nie...nmpk mudah jer...

    ReplyDelete
  5. Aslmkm kak CM. Wah, cedap ni... dok berngan nak buat jem roll tapi tak terbuat lagi ni, jem nya dah pun siap... tunggu ya.

    ReplyDelete
  6. oh ni kesukaan dari zaman kecik-kecik. Satu balang pun boleh habis.

    ReplyDelete
  7. sugguh rajinnya kak! mampu buat jem sendiri juga, sungguh cantik pineapple tarts ini. lena pun tak pernak buat tat nenas :(

    ReplyDelete