Friday, February 3, 2012

Woo Har

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pertama kali jumpa resepi dan gambar kuih yang diberi nama Woo Har.  semasa sedang mencari resepi kuih untuk Tahun Baru  Cina tempohari .Ini merupakan  kali pertama  makan Woo Har  jadi tidak tahu untuk membandingkan samada  kuih ini jadi  atau tidak.Rasanya seperti Mamee yang menjadi kegemaran si Adik .Cm tiada acuan yang khas seperti INI jadi hanya letakkan didalam senduk kecil kemudian digoreng dengan minyak yang banyak.Jadi bentuknya tidak lah cantik:).Thanks to Table for 2 kerana berkongsi resepi yang agak unik ini...mmmkoi!
Bahan-bahannya:


250 gm keladi yang dipotong halus.
2 tbsp tepung pulut.
1/2 tsp serbuk pati ayam.
1/2 tsp 5 spice powder.
2 tbsp bijan.
Sedikit serbuk lada putih.
Daun ketumbar-Cm tak letak.


Cara-caranya:)



  • Potong keladi nipis-nipis kemudian potong lagi kecil-kecil memanjang.
  • Satukan tepung pulut,lada hitam,bijan dan 5 spice biar rata.
  • Ambil sepiring keladi dan tuangkan sedikit tepung pulut tadi sedikit demi sedikit sehingga melekat pada keladi.(Jangan gaul semua sekali  ya..hanya sepiring kecil)
  • Bentuk seperti bebola dan goreng hingga ranggup.Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Apabila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
  • Selamat mencuba jika ingin mendapatkan cara-caranya dengan lebih jelas silalah ke blog Table for 2 kerana ada step by step yang sungguh jelas.

Selamat berhujung minggu:)


5 comments:

  1. nampak unik kue ni. kpah tak pernah makan ni.. macam rangup jer..

    ReplyDelete
  2. tun jakun nih.. tgk kt tingkap td dh agak kuih sempena CNY. mcm kerepek la ye..

    ReplyDelete
  3. Keladi kalau digoreng pun dah sedap rasanya dah tentu kalau yang ditokok tambah ramuannya lagi yummy.

    ReplyDelete
  4. Pertama kali Diana dengar kueh ni. Kalaulah dapat rasa...bahagianya rasa.

    ReplyDelete
  5. This is so new tome. But as you said looks so unique :-)

    ReplyDelete