Thursday, August 12, 2010

Puding Kastad Jagung

Salam ramadhan semua.Apa khabar?hari ni tak sempat nak ziarah blog kawan-kawan kerana sangatlah sibuk...ada urusan rumah yang perlu dibereskan.Alhamdulillah dah dua hari kita berpuasa badan pun dah mula rasa ringan..seronok sangat.....jika hari-hari biasa tak dapat tahan selera makan tapi bulan puasa ni alhamdulillah.

Seperti tahun-tahun yang lepas menu berbuka kami adalah paling minima & sederhana.Kurma adalah menu wajib setiap kali berbuka.Nasi,lauk dan sayur serta buah-buahan.Minuman pula kadang-kadang jus buah-buahan ,sirap  atau minuman panas.Bersahur pula hanya panaskan lauk-lauk yang baki je jika tak ada baki  cm gorengkan mee atau nasi.Kadang-kadang si kecik ni makan bijirin dan susu segar.

Petang ni cm masak puding Kastad jagung.Kuih yang sangat simple.Jom kita lihat resepinya:

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak+air jadikan 4 1/2 cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)
Cara-caranya:)
  • Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
  • Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya  tidak berketul-ketul.
  • Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan  hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
  • Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)

15 comments:

  1. Salam kak CM, tak pelah sibuk dgn urusan rumah tu biasalah tu.. :-) puding jagung ni kalau akak bg kat kita kita korek2 jagungnyer jerrr dah jd mcm cheeeseee :D suke makan tp kalau letak jagung byk2 tu sedapnyer!

    ReplyDelete
  2. salam kak sihat sedapnya puding jagung,sy kalau buat ni makan sorang2 je anak2 kurang dgn puding ni

    ReplyDelete
  3. salam
    sedapnya puding jagung untuk berbuka puasa. kalau jagung segar lagi sedap kot.

    ReplyDelete
  4. ting tong ting tong ada rumah tak? saya dtg nak tapau sepiring..hikhik..kalu posa ni mmg ilah suka mkn benda manis selepas solat trwikh..

    ReplyDelete
  5. Musim panas ni sedap makan puding jagung.Teringat arwah opah saya dia suka sangat dengan kuih ni.

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan cm...dtg ni nk amik kuih ee ngan puding jajung tuh-ermmmm,tambah lg leh :)

    ReplyDelete
  7. ika..mmg sangat sibuk hingga tak cukup masa:(hehe jadi tikus ya..sebab tu akak blend biar hancur sebab ramai tukang korek ni

    ReplyDelete
  8. Chik mi..kat rumah ni pun 2 orang je yang makan..3 orang lagi tukang korek2 cari jagung je hehe

    ReplyDelete
  9. Da...tapi susah nak cari jagung segar kat Putrajaya ni..kat pahang banyak kan..sepanjang tepi sungai tu orang tanam jagung:)

    ReplyDelete
  10. ilajy..masuk..masuk..kuih banyak ni..esok pun kitar semula ni hehe

    ReplyDelete
  11. zai..sepanjang Ramadhan ni memang banyak kenangan manis..nostalgia masa kecik-kecik dulu:)

    ReplyDelete
  12. deliah..salam ramadhan..ambik la sebanyak yang mau..satu dulang ni hehe

    ReplyDelete
  13. salam mama kitchen, cnk pinjam ye recipe nih. thnaks :)

    ReplyDelete