Sunday, August 8, 2010

Kenduri Kahwin & Pisang Goreng.

Salam dan selamat petang.Kami baru balik dari kenduri kahwin anak kawan di P16 meriah sekali dengan tema persandingan ala barat......terkenang masa anakanda ketiga  kahwin tempohari...majlis yang sangat sederhana tapi meriah dengan kehadhiran kawan-kawan dan sanak saudara.Sampai sekarang cm akan ulang-ulang tayang video majlis perkahwinan tempohari yang ada di Laptop ni...tak puas.Sampai suami pernah tanya ..tak jemu-jemu ke dok lihat video tu berkali-kali?..hehe tak. Pagi tadi cm baru ternampak kat SINI gambar dewan yang Caterer siarkan dalam blognya.bila melihat foto ni ..hmmm nostalgianya:)..insyallah  kenduri kali kedua ni pun nak ambik caterer yang sama.Sungguh berpuas hati walau pun bayarannya mahal sikit dari tempat lain.

Bunga telur yang di hadiahkan oleh Puan Azura & Puan Azwa untuk tetamu pihak pengantin lelaki.(mereka berdua ni anak kawan baik cm)
Selesai majlis akad nikah adik beradik dan kawan-kawan borak-borak sambil menjamu selera.
Dua keping gambar yang paling cm suka:)

Okay lah itu kenangan lalu jom lihat "peristiwa " hari ini....minum petang dengan Pisang goreng.Pagi pun makan pisang goreng  &cempedak goreng........
Pisang abu
 Petua untuk tepung goreng pisang ranggup-panaskan minyak dalam kuali hingga betul-betul panas.Kemudian ambil 3 tabsp minyak panas dan masukkan kedalam bancuhan tepung untuk goreng pisang dan kacau rata.
 1 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 tsp garam.
1/2 tsp serbuk kunyit.
2 tbsp air kapur.
.2 tbsp tepung jagung.
 1 biji telur.
air secukupnya.(cm agak-agak je sukatan air ni)
3 tbsp minyak panas.
** bancuh semua bahan-bahan diatas hingga sebati dan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
bancuhan tepung yang elok-elok melekat pada pisang.
sedap dimakan ketika masih panas .
Jangan lupa sambal kicap ya:)

3 comments:

  1. salam makcik,
    itu pisang dimakan dengan sambal kecap ya? waduh, baru tau aku, makcik....
    Biasa aku makan pisang aja tak pakai sambal kecap. hihihi

    ReplyDelete
  2. salam makcik,
    tengok sambal kicap tu, teringat zaman tinggal di sabah, di sana mmg glamour sangat makan pisang goreng dengan sambal kicap ni, sangat lazatttttt

    ReplyDelete
  3. salam rindu cikmanggis..lama x merayap umah kengkawan..harap cm sihat sokmo ye!! resipi tepung goreng nih lbh kurang cam mak kita gak..alahai cm kita dh termiss bantal durian tuh..kempunan wehh!!

    ReplyDelete