Saturday, August 21, 2010

Kek karpet Hijau (kukus)

Salam dan selamat sejahtera.Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi tinggal komen,Cm mohon maaf sebab tak sempat nak balas komen kawan-kawan kerana terlalu sibuk...ada hal yang perlu di selesaikan.Insyallah akan cm balaskan setiap komen-komen tu bila ada masa nanti.Terima kasih pada yang sudi tinggal jejak di chat box.Terima kasih banyak-banyak.

Untuk n3 hari ni cm siapkan sebiji kek..resepinya cm  ambil  dari blog Rima.Terima kasih Rima.Rasanya tak dapat nak komen lagi sebab tak dapat nak rasa .Kek ni untuk juadah berbuka nanti.Jika mendapat sambutan akan terpilih untuk list kek raya. Baunya sangatlah  sedap..campuran horlicks,biskut marie,susu pekat manis,telur dan butter...cuba bayangkan....pastinya yum yum

Bahan-bahannya:
225 gm butter
1 1/4 cawan  tepung naik sendiri.
5 biji telur saiz A
3/4 cawan gula halus.
1/4 cawan  susu pekat manis.
5 keping biskut marie hancurkan -4 tbsp
secubit garam.
3tbsp serbuk horlics

Cara-caranya:
  • Pukul butter,susu pekat manis & gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul hingga gebu.
  • Masukkan serbuk horlicks.biskut marie dan pukul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung dan   pukul lagi  biar rata.
  • Bahagikan adunan kepada  2 bahagian-adunan asal dan satu lagi masukkan pandan paste.
  • Sudukan kedalam loyang(sapu dgn butter & alas dgn kertas minyak)berselang seli warnanya.
  • Lakukan hingga adunan habis dan kukus selama 1 jam 20 minit(cm kukus 45mini je)
  • Birkan sejuk baru dipotong dan hidangkan.
  •  Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa....

7 comments:

  1. ramai ke org kat umah tu yang masak bebanyak tu Cm?

    ReplyDelete
  2. deetha...semua anak-anak ada kat rumah jadi tersangat lah sibuk dan makcik menjahit baju sendiri untuk hari raya nanti:)

    ReplyDelete
  3. yan..kek ni untuk dihantar ke masjid.Makan sendiri 1 keping je

    ReplyDelete
  4. Salam Cm.. pagi2 dah terliur tengok kek kukus CM ni... nampak moist basah2 gitu... yummmy! dapat sepotong buat berbuka best nie...
    Ijan

    ReplyDelete
  5. salam Ijan..ya kek ni sangat moist.Sedap ...cm rekemen ni:)

    ReplyDelete
  6. Oooh...I love this cake...sedapnya! Sudah lama tidak makan kek kukus. Thanks very much for sharing. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete