Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa buat ayahanda ku yang dikasihi yang kami panggil wan.Bila lihat gambar ni tiba-tiba rasa sebak dan menitiskan air mata.Rindu pada wan.Dah lama tak dapat balik kampung .Kali terakhir jumpa wan semasa Atiqa kahwin tempohari.Insyallah awal bulan julai nanti kita nak balik jumpa wan dan mak.

Wan menjadi yatim piatu dalam usia yang muda.Mengikut ceritanya ketika usia wan 7 tahun kedua ibu bapa wan telah meningga dunia dan wan dan adik-adiknya menumpang bapa saudaranya tapi tidak lama.Semasa usia wan 9 tahun wan telah menjadi nelayan dan bermula lah kehidupan yang amat sukar.Cm tak boleh bayangkan diusia 9 tahun wan hidup sendiri .Pada usia 20 tahun wan berkahwin dengan ibu ku.

Wan pernah jadi nelayan,penoreh getah kemudian wan naik pangkat jadi mandur semasa tinggal di Selatan Thai.Walaupun wan tidak pernah ke sekolah tapi dia amat mahir dalam bidang mathematik dan wan seorang yang sangat amanah sebab tu jugalah beliau dilantik menjadi mandur.

Semasa di Thailand wan menghantar cm dan adik bersekolah di Msia dengan menumpang dengan saudara di Pasir Mas
Wan tak mahu kami bersekolah di Thai.Setelah kembali ke Malaysia wan melakukan macam-macam pekerjaan untuk menyara kami 9 beradik.(wan dan mak masing masing mempunyai se orang anak dengan perkahwinan yang terdahulu)Akhirnya wan membuka warung makan berhampiran rumah kami.Hasil dari warung ni lah wan menyara kami adik beradik.Wan juga sangat mementingkan pelajaran anak-anaknya.Walau sesusah mana sekali pun beliau akan memastikan anak-anak akan terus bersekolah.

Alhamdulillah semua anak-anak wan telah berjaya dalam hidup masing-masing.Ada yang jadi doktor pakar,jurutera,pensyarah,pakar IT dan pegawai kanan kerajaan.Semasa orang lain tak faham betapa pentingnya pendidikan pada anak-anak wan telah mempunyai visinya sendiri.Katanya pelajaran sahaja dapat mengubah kehidupan seseorang.Wan juga seorang yang sangat menitik berat tentang nilai murni dalam kehidupan.Pesannya agar kami hidup dengan jujur dan amanah.Semasa susah dulu wan pernah berhutang dengan seorang kawannya sebanyak 10 rm .Beberapa tahun kemudian wan mengajak adik lelakiku mencari kawannya yang tinggal di Terengganu semata-mata nak bayar hutang 10 rm..Bila wan berjaya menemui kawannya itu barulah dia rasa lega.

Walaupun wan tak kaya raya tapi sekarang wan dan mak dapat hidup dengan senang dan aman.Tidak ada apa yang perlu difikirkannya lagi.Wan sangat bangga dengan anak-anaknya dan sekarang dengan cucu-cucunya pulak.Wan ada 31 orang cucu dan 4 orang dari cucunya adalah doktor.Terima kasih pada wan sebab berjaya mengubah kehidupan yang sangat miskin kepada kehidupan yang lebih baik dan selalu berdoa untuk kami.Sekarang wan telah uzur dan tidak sekuat dulu.Dalam usia menjangkau 80 tahun tahun ini wan pastinya rasa puas melihat kejayaannya mendidik anak-anak hingga semuanya berjaya. Allah sajalah yang dapat membalas kebaikan wan ini.Tak mungkin kami dapat membalasnya......Terima kasih wan!!!

2 comments:

  1. Begitu perit kehidupan lalu ayah cm tapi alhamdulillah sekarang dah berbaloi.Semua anak2 dan cucu2 menempa kejayaan.Selamat Hari Bapa buat ayah dan hubby cm.

    ReplyDelete
  2. Salam zai..betul zai..memang perit tapi alhamdulillah.semua keperitan tu hanya tinggal kenangan..selamat tinggal segala keperitan.

    ReplyDelete