Saturday, June 19, 2010

Abang,adik dan Kek coklat


Assalamualaikum dan selamat petang. Cuti sekolah akan berakhir dan isnin ini sekolah akan dibuka.Tapi nampak gayanya anak cm yang kecik ni tak dapat ke sekolah lagi kerana ada temu janji dengan doktor untuk buka jahitan didagunya."Hadiah" cuti sekolah kali ni adalah parut di dagu hehe .Biasa lah anak lelaki jika tak ada parut yang tinggal masa kecik tak sah...bukan anak lelaki namanya tu:)

Cm ada 2 orang anak lelaki dan jarak antara abang dan adik 10 tahun.....jarak dengan kakak-kakaknya pulak lagi jauh jadi sikecil ni menjadi kesayangan semua:) untung kan!! Anak kecik cm ni tergolong dalam golongan kanak-kanak yang tidak lasak jadi tak susah menjaganya .Jika main bola dia hanya jadi penjaga gol je:)



Abang main game adik tengok je..


Abang minat dalam bidang fotografi..ibu pun minat jugak:) tapi ibu suka ambil gambar makanan je:)



Sempena hari Bapa cm buat kek coklat yang menjadi kegemaran ayah dan anak-anak. ....selamat hari bapa buat "abah".Bila lihat semua anak-anak ada kat rumah ni beliaulah orang yang paling gembira.Katanya"ini lah harta yang kita ada" Alhamdulillah.Terima kasih untuk BAPA..terima kasih untuk segala pengorbanan bapa:)..terima kasih banyak-banyak.....terima kasih kerana menjadi bapa yang baik:) Allah saja lah yang dapat membalas segala kebaikan "Abah".

DEATH BY THE CHOCOLATE CAKE(sumber IKA & cmg)

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan melted butter
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur grade A
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bacarbonate
1 tsp esen vanilla.
secubit garam
1 cawan air panas mendidih

Ganache;(sumber CMG)
300 gm cooking coklat
1 tbsp butter
3-4 tbsp susu segar

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan-bahan diatas dengan menggunakan kaedah double boil.Kacau hingga sebati.Siap untuk digunakan.

Hiasan
Buah strawberry secukupnya

Cara-caranya:

  • Ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder,soda bicarbonate dan garam
  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Masukkan baha-bahan yang diayak tadi selang seli dengan butter dan air mendidih.
  • Kacau hingga sebati dan masukkan esen vanila.
  • Sapukan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.
  • Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Biarkan kek benar-benar sejuk baru sapukan dengan ganache.
  • Hiaskan dengan buah strawberry.

12 comments:

  1. salam cm..bertuahnya anak2 kita mempunyai abah n papa yg baik,bertimbang rasa n menyayangi semua keluarga.
    kita juga beruntung n bertuah mempunyai suami yg baik n menyayangi kita ..
    kalau baca isteri2 yg didera ,rasa syukur sangat..

    ReplyDelete
  2. Cek coklat dah kena makan ke ? Harga 2 dirham atau RM30 saja. Upah ibu yang prihatin.

    ReplyDelete
  3. salam CM
    pandai juga anak
    jadi fotografer yek
    eloklah hobi sebegitu
    dari di habisi dengan
    berkawan dengan mat rempit
    sedapnyaaa kek tu!

    ReplyDelete
  4. salam cm,
    aduih, kek lagi...! :) kena mkn ubt byk2 nampaknya.

    p/s- semoga 'bapa' dan seisi keluarga berbahagia dunia akhirat. :)

    ReplyDelete
  5. Salam makcik...Happy father's day buat pakcik yer.
    Haha ada jugak yang suka tengok orang lain main video game pula :)

    ReplyDelete
  6. salam kakyam..betul tu kakyam..suami yang baik tu adalah pemberian yang amat-amat berharga.Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. salam mr.zhou..hehe ikhlas tanpa minta upah:)

    ReplyDelete
  8. salam zulkbo..terima kasih dan selamat hari bapa:)

    ReplyDelete
  9. salam pie..nanti cm reka kek yang sesuai untuk orang yang diabetik.Terima kasih dan selamat hari bapa:)

    ReplyDelete
  10. Selamat sejahtera Tummy..thank you..hehe lihat saja sebab masa tu dia tak sihat.

    ReplyDelete
  11. salam kak cm...
    selera tgk coklat kek tu
    mtak izin pjam resepi ye...

    ReplyDelete