Saturday, December 7, 2013

Donat Lembut Mudah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DONAT LEMBUT.
Idea: Kelab Roti.

Bahan-bahanya:

360 gm tepung gandum.
2 biji kuning telur.
50 gm gula halus.
2 tsp serbuk yis (Cm guna mauripan)
50 ml minyak jagung.
60 ml air.
2 tbsp water roux.
1/3 tsp garam.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk pengadun dan uli sehingga sebati.Cm guna mesin pengadun ya.Jika guna tangan pun boleh tapi lamalah sikit mengulinya.
  • Jika doh nampak terlalu lembut boleh tambahkan sedikit tepung sehingga doh tidak melekat pada mangkuk atau tangan bila di pegang.(Doh mesti licin.)
  • Keluarkan doh di atas papan pencanai dan gelek mengikut ketebalan yang sesuai.
  • Terap dengan acuan donat.
  • Rehatkan doh sehingga kembang atau naik sehingga double saiz asalnya.
  • Panaskan minyak masak dan goreng hingga perang.
  • Toskan minyaknya dan tabur dengan gula halus.

Bentuk donat ini kurang cantik sebab acuan donat Cm hilang hehe.Teruk betul kan sampai boleh hilang.Puas Cm cari tapi tak jumpa...jadi pandai-pandailah nak hidupkan asalkan ada rupa donat.

Ha...yang ini berbentuk bulat-bulat sebesar bola pingpong....lagi senang ..Bismillah...campak je dalam  mulut sebiji demi sebiji hehe.


3 comments:

  1. CM, nampak gebu lah donut tu! PH suka sangat makan donut tapi belum pernah cuba buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam kak CM :) tun nk 2cucuk yg bulat2 tu ^^ dh lama x wat donat, tgh musim meroti n wat pau sekarang. nnti nk buat donat jugak lah, blh wat stok frozen.

    ReplyDelete
  3. Nampak lembut, gebu dan sedap. Resepi saya sudah kalah kepada anda. hahaha....mesti cuba CM punya resepi. Terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete