Saturday, December 14, 2013

Ban Nenas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ban Nenas.
Resipi asal dari Isma Maisarah.

Bahan-bahannya:

500 gm tepung roti.
11 gm yis.
1 biji telur.
2 tbsp tepung susu.
220ml air dari peti sejuk.
1/2 tsp garam.
1/2 cawan gula halus.
3 tbsp water roux.
2 tbsp shortening.
1/2 tsp baking powder.
Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali shortening di dalam mangkuk pengadun.
  • Uli sehingga sebati.Kemudian baru masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan elastik.
  • Rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Timbang doh seberat 60-70 gm setiap satu.Bulat bulatkan.
  • Gelek doh dengan penggelek supaya berbentuk bulatan membujur.
  • Isikan jem nenas dibahagian hujungnya.Gulung sehingga separuh bulatan dengan kemas.
  • Dengan menggunakan pisau atau scraper potong doh  yang separuh lagi  secara  memanjang.(Jalur)
  • Akhir sekali gulung doh tadi perlahan-lahan sehingga selesai.Kemaskan agar nampak rapi gulungannya.
  • Gliskan  doh dengan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu.
  • Rehatkan doh sehingga kembang.
  • Bakar dengan suhu sekitar 170-180 darjah celcius sehingga masak.(Bergantung pada jenis oven yang digunakan)




Inti Nenas.

Bahan-bahanya:

2 biji nenas.
2 biji epal hijau.
1 biji oren.
1 cawan gula.
1 helai daun pandan.
3 kuntum bunga cengkih.

Cara-caranya:

  • Nenas dikupas kulitnya dan parut bahagian  isinya .
  • Epal dikupas kulit dan di parut.
  • Kupas kulit oren dan ambil bahagian isinya sahaja.
  • Masukkan semua bahan-bahan di dalam periuk yang tidak melekat dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di gunakan.

3 comments: