Thursday, August 15, 2013

Kek Lapis Haw Flakes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat bersua kembali dari dapur CikManggis.Selamat hari raya maaf zahir batin.Agak lama menyepi kerana kepenatan setelah pulang berhari raya di kampung .Apabila kembali ke Putrajaya badan sudah kehabisan "gas' hanya mampu ter"golek" keletihan .Perjalanan dari Putrajaya ke Kota Baharu memakan masa yang panjang kerana kesesakan trafik  yang teramat sesak.Perjalanan ke Kota Baharu melalui lebuhraya Gua Musang dan perjalanan bailk pula melalui lebuhraya Timur Barat .....Adoiii...ampun rasa tak sanggup nak lalui pengalaman berasak-asak di jalan raya...seolah olah bergadai nyawa kerana ada pemandu yang "giler' memotong sesuka hati.Alhamdulillah perjalanan kami di permudahkan .

Kuih kuih raya semuanya di beli oleh Along dan Mummy Maryam jadi tahun ini Cm hanya buat sebiji kek lapis sahaja.Itu pun kerana teringin sangat-sangat nak makan kek.Alhamdulillah Cm sangat menyukai Kek Lapis Haw Flakes ini.Sedap :).....tak jemu...lepas sepotong..sepotong dimakan ....

Bahan-bahannya:

A

10 biji kuning telur.
2 biji putih telur.
250 gm gula halus.
1 tbsp ovalette.
75 ml air sejuk.
1 tin kecik kaya.
1/2 botol kecil horlicks.


250 gm tepung Hong Kong.
300 gm butter-biarkan di suhu bilik dan kacau rata.
4 tbsp susu pekat manis.
4 bungkus asam Haw Flakes.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk pengadun.
  • Pukul sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
  • Akhir sekali baru masukkan butter dan susu pekat manis.Pukul hingga gebu.
  • Alas loyang dengan kertas minyak.
  • Masukkan 4 tbsp mumbung (penuh) adunan ke dalam loyang dan ratakan.Bakar dengan menggunakan api atas sahaja.Apabila masak lapiskan dengan 4 tbsp adunan lagi dan aturkan asam Haw Flakes di atasnya dan bakar hingga masak.
  • Jangan lupa setiap lapisan hendaklah di tekan-tekan agar tiada terdapat gelembung udara dan agar memperolehi lapisan kek yang padat.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Untuk lapisan terakhir guna api  bawah sahaja sekejap kemudian baru gunakan api atas sahaja sehingga warna permukaannya perang sekata.
Selamat mencuba Insyallah Cm dapat rasakan yang anda pasti menyukai rasa kek lapis ini.Ada rasa masam,manis dan lemak-lemak horlicks.sekali makan pasti nak lagi hehe.Salam Lebaran Maaf Zahir Batin.

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya, CM! PH dengar pun rasa letih. Dulu bila balik KT, tiba jer kat rumah rasa nak pengsan. Tak tahan duduk dalam kereta lama-lama. Cantik kek lapis ni. Pasti sedap!

    ReplyDelete
  2. Nak baca resepi pun letih.. tengok gambo je tak letih-letih he he.. berehat le puas-puas, cas gas tu..

    ReplyDelete
  3. Salam CM..ni mmg peberet nekcik...dah bli asam tu tapi masih blum datang mood nak melapis nii

    ReplyDelete
  4. What a perfect cake, Kak...been a while since I entered here... ;)

    ReplyDelete