Saturday, July 6, 2013

Sardin ( Homemade)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada diantara kita yang tidak boleh makan makanan dalam tin kerana alahan atau masalah kesihatan Jadi pilihan terbaik jika teringin juga nak makan sardin ialah dengan membuat Homemade Sardin .Dulu-dulu semasa belum ada " dapur" maya ni Cm tidak pernah terlintas pun atau tidak ambil "pot" untuk buat sadin dirumah.

Sebenarnya Homemade sardin  lagi sedap dan selamat dimakan jika dibandingkan dengan  sardin dalam tin yang dibeli dari kedai..Cara nak memasaknya pun sungguh senang hanya  perlukan Pressure Cooker je.Dalam masa  satu jam sudah siap :)

Sardin - Sumber  :En.Mat Gebu.

Bahan-bahannya:

700 gm ikan tongkol.
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak.
25 gm bawang putih.
80 gm bawang merah.
20 gm halia.
2 1/2 cawan air.
Garam dan gula secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Ikan tongkol disiang dan buang kepalanya dan dipotong sederhana saiznya.
  • Cuci bersih dan perap sekejap dengan garam dan jus  limau nipis.Cuci dan toskan.
  • Bawang putih,bawang merah dan halia dikisar halus.
  • Panaskan minyak dalam pressure cooker dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan tomato puree dan air serta gula & garam.
  • Masak sehingga naik minyak.
  • Masukkan ikan dam biarkan sehingga mendidih.
  • Tutup pressure cooker dan pasang injapnya.
  • Masak dengan api yang kuat sehingga berbunyi desirnya.
  • Kecilkan  api dan masak selama 1 jam.
  • Apabila cukup masanya matikan api dan bawa pressure cooker  ke sinki dan alirkan air ke atas nya.
  • Apabila pressure cooker  telah benar-benar sejuk bolehlah dibuka penutupnya.
  • Ikan kelihatan masih elok tetapi tulangnya sungguh lembut seperti sardin dalam tin :)
  • Masaklah mengikut kesukaan masing-masing,tumis,kari atau untuk buat sandwich .
Selamat mencuba .Marilah kita sediakan makanan yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayangi.Marilah kita "Memasak dengan penuh kasih sayang"




14 comments:

  1. Kalau tak de pressure cooker tu.. boleh guna periuk biasa ke... Nampak Sedap tu CM ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah buat guna periuk biasa tetapi isi ikan hancur dan tulang masih keras.Rasa ok.

      Delete
  2. Alaa, kita pun tak ader periuk yang keluar asap kat corong...kena makan sardin tin lagi...emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerau ..jika takde piok corong berbunyi tu boleh guna slowcooker tapi dah namanya slow jadi lambatlah dapat makannya hehe

      Delete
    2. Kalau slowcooker berapa lama nk setting time.
      Pressure cooker xda..huu

      Delete
  3. Salam cm...anak2 saya suka makan sambal sardin tapi saya guna yang dalam tin ajelah sebab saya tak punya pressure cooker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zai yang dalam tin pun ok lebih senang tetapi jika sendiri bikin ni terasa lebih seronok hehe.

      Delete
  4. Salam CM ...
    camni kalu kena beli pressure cooker la ...
    thanks for the recipe ya...

    ReplyDelete
  5. Rajinnya CM buat sardin sendiri. Tentu lebih sedap daripada yang dalam tin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak tak suka ikan tongkol tetapi bila dah jadi sardin laju pulak dorang makan

      Delete
  6. Sardin sambal memang favourite saya.Sedap buat cicah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dengan roti atau lempeng gandum pun sedap Diana.

      Delete
  7. Aiyoo , sardine pun boleh homemade ya, I pun nak cuba lain Kali Saya dapat beli sardine fish ..Selamat berpuasa CM..

    ReplyDelete