Thursday, July 11, 2013

Kuih Seri Muka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berpuasa Cm ucapkan pada muslimin dan muslimat semua.Semoga ibadah puasa kita diterima olehNya.Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Cm berazam untuk tidak ke Pasar Ramadhan.Insyallah.Makanan yang dimasak sendiri dengan penuh kasih sayang lebih berkat:)

Pokok bunga telang yang Cm tanam berbunga dengan lebatnya.Jadi setiap hari Cm kutip dan simpan dalam freezer.Sayang jika tidak di petik kerana bunganya  tidak dapat bertahan lama.Hanya sehari sahaja dia kembang,besoknya sudah kecut.Cm guna air bunga telang  untuk mewarkan pulut bahagian bawah kuih seri muka  ini.

Cm suka makan kuih seri muka tetapi selalu gagal menghasilkan kuih yang cantik terutama bahagian atasnya.Ada masa terlalu lembik dan ada kalanya keras kejong.Hari ini sekali lagi Cm mencuba satu resipi baru yang Cm ambil kat SINI.Alhamdulillah pertama kali berpuas hati...seronok sangat-sangat terima kasih pada Pn.Bdaria dan minta maaf banyak-banyak sebab Cm ada ubah suai  sedikit ..sana sini mengikut selera sendiri..Jom kita lihat resipinya ya :)

Bahan-bahannya:

Lapisan Bawah.

500 gm beras pulut-rendam lebih kurang 1 jam.
250 ml santan.
250ml air.
1 1/2 tsp garam.
10 kuntum bunga telang-tumbuk hingga hancur dan masukkan 3 tbsp air.-tapis.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam loyang( 10 x10 x 2) kecuali bunga telang.
  • Kukus sehingga masak.
  • Renjiskan air bunga telang dan kukus lagi sekejap.
  • Keluarkan loyang dari pengukus dan tekan-tekan pulut sehingga padat.

Bahagian Atas:

Bahan-bahannya:

A

250 gm gula pasir.
80 gm tepung kastad.
400 ml santan pekat.
400 ml air.
10 helai daun pandan

B

3 biji telur.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:

  • Kisar daun pandan dengan 400 ml air hingga hancur-tapiskan.
  • Satukan semua bahan-bahan A sehingga sebati.Ketepikan.
  • Pukul ringan telur dengan garfu.Masukkan garam.Kacau hingga rata.
  • Satukan A dan B .Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
  • Masukkan adunan ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sambil sentiasa mengacaunya.
  • Apabila adunan agak-agak pekat tp jangan sampai mendidih ,tuangkan ke atas permukaan pulut tadi.
  • Kukus sehingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah di potong.


Selamat mencuba dan Insyallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.Selamat berbuka puasa :)


14 comments:

  1. suke seri muka...bile makan muka akan berseri2..hihi
    blue color n new version...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harap muka kita sentiasa berseri sepanjang Ramadhan ini :)

      Delete
  2. mmg cantik betul kaler dia...sedapp je nampak...

    ReplyDelete
  3. Salam CM.. memang berseri kuih ni...bahagian atas nya pun cantik lembut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bila guna tepung kastad tak banyak masalah .

      Delete
  4. Inovasi betul CM ni..cantek sudah talam Seri muka tu ;)

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan wat cikmanggis sekeluarga ye! waduh kuih serimuka yg nmpak enak banget..terliur sehh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan buat Ina sekeluarga.Semoga puasa kita diterima olehNya.

      Delete
  6. salam CM ,

    nampak cantik sekali kejadiannya....

    ReplyDelete
  7. Cantiklah, CM! PH kalau makan kuih serimuka, lebih suka bahagian atas hee..hee...

    ReplyDelete
  8. Salam Auntie, tq resipi..tak sabar nak cuba ni..

    ReplyDelete