Monday, June 24, 2013

Sambal Belacan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bekalan belacan tidak pernah putus sejak adik perempuan Cm menetap di Kedah.Apabila Cm  balik emak selalu top up bekalan belacan .Cm simpan belacan dalam freezer jadi apabila lama belacan tu dalam freezer  dia jadi peroi . Cm masukkan dalam oven dan panggang hingga garing.Tunggu sehingga betul -betul  sejuk bolehlah di simpan dalam botol yang kedap udara.Senang jika nak guna bolehlah cedok je :)...kira belacan segera la :)
Belacan yang telah di panggang.


Simpan dalam botol yang kedap udara.

Bahan-bahannya:

5 biji cili masak.
6 biji cili api.
2 biji limau kasturi.
1 tbsp serbuk belacan.
2 ulas bawang putih-bakar sekejap dan cincang halus.
3 ulas bawang merah-bakar sekejap dan cincang halus.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili masak dan cili api sehingga hancur.
  2. Masukkan belacan,bawang putih dan bawang merah.Tumbuk hingga sebati.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Perahkan jus limau kasturi.
  5. Gaul hingga rata.
Sedap di makan bersama ulam-ulaman seperti kacang panjang,timun,daun selom ,ulam raja dan ulam-ulam kampung yang lain.

Selamat berpuasa kepada kawan-kawan muslimin dan muslimat yang berpuasa pada hari ini.Dan ada ibu -ibu pastikan anak-anak anda berada dalam rumah ketika keadaan jerebu yang semakin teruk ini

.Putrajaya pun dan redup kerana jerebu.Jangan lupa minum air yang banyak dan sentiasa memakai mask apabila keluar rumah.Sama-sama lah kita berdoa agar masalah ini cepat berlalu.Harap-harap akan ada hujan dalam masa terdekat ini.

7 comments:

  1. aiyoo, sedapnya..can dip with a lot of things!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ya Sonia memang sedap I makan bertambah-tambah nasi ....pstt nampak tak pinggan tu hikhik.Thanks ya :)

      Delete
  2. Wah byk nya stok belacan tu CM...
    Sambal belacanlah pembuka selera ;-)

    ReplyDelete
  3. perghhhhhh.. terus lapar.. kena dengan ikan goreng pun dah cukup... aduhh sedapppnya!!

    ReplyDelete
  4. Best! Best! Kat rumah pun PH tambah bawang dengan bawang putih dalam sambal belacan. Dan kita orang TGG dan Kelantan mesti tambah gula baru lah syiok habis!

    ReplyDelete
  5. Wah, sambal belacan orang Melayu kah? Suami punya favorit makan dengan ulam-ulam. Pedas tak? Mesti cuba buat utk suami I.

    ReplyDelete