Tuesday, June 4, 2013

Kuih Chang





Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anak bongsu dan suami Cm adalah peminat kuih Chang.Agak sukar untuk memdapatkan  Kuih Chang yang halal di pasaran mungkin  kerana tak ramai orang melayu yang suka makan kuih seperti  ini.Jadi setiap kali teringin nak makan kuih chang Cm terpaksa memasak sendiri.Masalah yang utamanya adalah nak membungkusnya.... kuih Chang yang Cm buat mempunyai "pengaruh" ketupat pulut dari segi rupanya :)....mungkin sebab dah biasa dengan ketupat palas.

Bahan-bahannya:

Daun buluh secukupnya-rebus sehingga mendidih dan direndam dengan air rebusan selama 12 jam.Kemudian bilas sehingga bersih.

Pulut:

1/2 kg beras pulut-rendam 3-4 jam.( dapat 12 biji  saiz sederhana)
6 ulas bawang putih-tumbuk kasar,
Sedikit Kicap cair.
Sedikit kicap pekat.
Sedikit sos tiram.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk lada hitam.
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Cuci beras dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukan beras,sos tiram,kicap pekat,kicap cair,lada hitam,garam dan gula.
  • Gaul sehingga rata.Biarkan di atas api sekejap sambil di balik-balikkan.
  • Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan ketepikan.
Ayam.

1 keping dada ayam-ambil isinya dan dipotong kecil.
3 ulas bawang putih-tumbuk.
sedikit gula dan garam.
Sedikit kicap pekat.
Sedikit kicap manis.
Sedikit lada hitam.
Sedikit sos tiram.
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan ayam,garam,gula,serbuk lada hitam,sos tiram,kicap pekat dan kicap cair.Seimbangkan rasanya.
  • Masak sehingga ayam lembut.
Buah berangan:

12 biji buah berangan-rebus sehingga lembut-empuk.

Cendawan kering:

6 kuntum cendawan kering direndam sehingga lembut dan di belah dua.

Telur masin:

5 biji telur masin mentah  di ambil kuningnya dan di belah-belah,(3-4)



Cara -cara membalut kuih Chang:


  • Bentukkan daun buluh seperti di dalam video di bawah.Isikan dengan pulut dan tekan-tekan hingga padat.
  • Kemudian masukkan buah berangan,ayam,telur masin dan cendawan.
  • Masukkan sedikit lagi pulut dan tekan hingga padat.
  • Balut dengan kemas dan ikat dengan tali.
  • Rebus selama 2-3 jam sehingga masak.
  • Toskan airnya.





Sudah berpulu-puluh kali Cm menonto video di atas ni tetapi masih gagal untuk mendapatkan balutan yang cantik.Bila lihat kat sini nampak sungguh senang :)...tak apa...(pujuk hati)..asalkan rasanya sedap hehe.


Beginilah rupanya bahagian dalam Kuih Chang.Jika ada yang bertanya bagaimana rasanya....hmm.yum yum memang sedap.Jika kita tahu memasak sendiri kita dapat adjust rasanya mengikut selera kita sendiri.Semasa masih panas anak bongsu Cm tadi dapat menghabiskan 5 biji sekali makan hehe.Katanya bahagian yang paling sedap adalah bahagian yang ada  telur masin.:)


14 comments:

  1. Aslmkum CM
    sy belum pernah mkn chang...rupanya ada letak inti ayam dll lagi.ingatkan kosong mcm pulut biasa.

    ReplyDelete
  2. salam..

    unik juga kandungan bahan kuih chang ni kan..x penah makan dan first time dgr tapi nampak menarik..

    ReplyDelete
  3. Raya ni buat open house ya.. jemput Che Mid datang makan kuih Chang ni.. dulu masa keje selalu tengok kawan2 bangsa Cina makan.. macam pulut kicap je, rupanya dlm tu ada isi lain... interesting ni..

    ReplyDelete
  4. CM, PH tepuk tangan! Clap..clap..clap...Pandai lah CM! PH pernah tolong auntie buat kueh chang tapi bila time nak bungkus tu..hee...hee...PH punya semua jahanam. Langsung takde shape tiga segi. Macam bulat monyok gitu. Makan jer terror, buat tak reti :(

    ReplyDelete
  5. rumit jgk kuihnya kak..tp cantik kak..hebat akak...yeayyy

    ReplyDelete
  6. sekarang agak senang nak dapatkan daun bambookan kak mungkin dah dekat nak perayaan kut

    ReplyDelete
  7. Baru sedar rupanya pakai daun buluh.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum CM,

    Teringin la...saya belum pernah makan tapi selalu dengar org kata sedap.

    ReplyDelete
  9. salam CM.. terliur dibuatnya nampak kuih chang ni...
    dah lama teringin nak merasa tp apakan daya belum mampu utk buat sendiri.. huhu...

    ReplyDelete
  10. Oh no, CM tahu bungkus bak chung, aiyoo, better than me, till now I still not master the wrapping skill, hahaha..I so malu lar, ok, this year I must make sure master the skill. Ya, you can also cook curry ayam as the filling, my mom do this curry ayam bak chang, very nice wor!

    ReplyDelete
  11. makcik..kita suka makan..tolong masakkan untuk kita boleh???..hehhe

    ReplyDelete
  12. Salam,
    saya adalah pembekal Bak Chang halal area Putrajaya/Cyberjaya atau kawasan berhampiran. Jika berminat, sila visit FB page Bak Chang HALAL untuk maklumat lanjut ^_^
    https://www.facebook.com/bakchanghalal

    ReplyDelete
  13. kak, boleh akak tunjuk cara ikat chang dengan tali? macam mana nak balut supaya pulut tak terkeluar dari daun? thanks

    ReplyDelete