Tuesday, March 5, 2013

Kerabu Betik Muda.(Ringkas)

Bahan-bahannya:

1/2 biji betik muda-saiz kecil.-parut halus  memanjang.
1 biji mempelam telur (pauh ringan)-parut halus .
1 labu bawang besar-mayang halus.
3 tbsp kerisik.
2-3 tabs udang kering-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Garam dan gula secukup rasa.
1 batang serai-hiris nipis.
7 biji cili padi.-potong kecil.
3 biji limau kasturi-perah jusnya.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata.Seimbangkan rasa masam masin dan manis mengikut selera masing-masing,Siap :)


Satu menu yang ringkas dan bagus untuk kawan-kawan yang sedang berdiet.Jangan terikat sangat dengan resipinya.Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti nampla,kacang tanah atau tauge.Sesuaikan dengan selera masing-masing.Resipi yang Cm letak ni hanyalah sebagai panduan.

Resipi orang pantai timur ,mereka masukkan isi ikan yang dipanggang,kerisik dan santan pekat serta perahan jus limau nipis.Sedap....Oh ya...maaf kerana belum dapat membalas komen-komen yang ditinggalkan kat dapur Cm ni..... ..Insyallah malam nanti   Cm akan singgah   melawat dapur kawan kawan ya:)......bye..bye..

4 comments:

  1. CM, memang PH tengah berdiet ni! PH suka dengan kerabu betik muda. Secara kebetulan ada pulak sebiji betik muda dalam peti ais. Boleh lah PH pekena kerabu. Kalau time tak diet, PH suka makan dengan keropok. Hish..syiok habis!

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan kerabu betik muda ni CM... terliur lak tengok nya :D

    ReplyDelete
  3. Hi CM, how are you doing? Hope you're all well. I really love this kind of kerabu either with grated young papaya or young mangoes. I've once received a young papaya from a friend but too bad I didn't make good use of it. :o) Will try it next time.
    Enjoy your day, dear.
    Kristy

    ReplyDelete
  4. Yeah resepinya dah keluar.Terima kasih CM
    Tengah tunggu mangga kat atas pokok tu besar nanti cuba.
    Bahan itu yang tak complete lagi.
    Petang ni kami bertolak ke Port Dickson.

    ReplyDelete