Saturday, March 2, 2013

Air Serai.

Semalam Cm tebas 2 rumpun serai yang dah jadi semak depan rumah  ,niat dihati nak tanam balik kat belakang rumah pulak..,,selebihnya simpan dalam peti ais untuk kegunaan harian.Hari ini Cm masak air dengan bebeapa batang serai dan daun pandan untuk dijadikan minuman .,,Suami Cm sangat menggemarinya....katanya sungguh sedap jadi Cm nak kongsi dengan kawan-kawan resipi mudah ni.

Macam-macam resipi yang kawan-kawan FB kasi pada Cm dan semuanya telah Cm cuba sebab tak susah kerana .semua bahan-bahan ada dalam peti sejuk.

Bahan-bahannya:

5 batang serai-ketuk.
1 jug air.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.

A.

Masukkan air rebusan serai  kedalam gelas yang sesuai.
Letakkan 1 tsp madu,
Kiub ais yang mencukupi dan Enjoy :)..(.Cm suka yang ini.)

B
Tuangkan air rebusan serai kedalam gelas.
Masukkan sedikit madu.
Perahkan sedikit jus lemon...
Masukkan kiub ais...yum yum

C

Masak serai,air dan gula batu hingga mendidih.
Diminum sejuk dengan ais atau minum panas.

Lepas minum jom kita lawat kebun mini Cm ya......
Terung hijau -1 pokok je :)
Peria-2 pokok.


Kacang Buncis -2 pokok :)

Sengkuang 4 pokok.
Durian Belanda.

Mahkota Dewa.

Ok lain kali Cm bawa kawan-kawan lawat kebun mini Cm lagi ya...bye...

9 comments:

  1. rajinnya siap ada kebun lagi..best tu;)
    kalau rasa nak masak,petik kat kebun je...hihi
    air serai tak pernah lagi try..mesti boleh buat buang angin kan...=D

    ReplyDelete
  2. Asslmkm CM.
    jeles tgk kebun akak tau. Semuanya hidup subur. Pokok serai sue hidup segan mati tak mahu.. maybe sbb tanam dalam pasu kot. Tak menjadi sangat.

    ReplyDelete
  3. wah!!! suburnya pokok2 di kebun cm :D .mesti sedap air serai ni. bestnya tengok hasil kebun cm,terbaek!! ambo pun nak cuba buat juga air serai dari isinya.nasib baik cm share resipe ni maso ambo dah balik kl,kalau masih di perantauan,melelehlah air liur( boleh tumpang tenguk dari dapur cm jer lah jwbnya). biasanya dulu ambo minum teh serai dari daun je( nak hangatkan badan musim sejuk*read kami sayanag nak buang daun2 serai sbb kat tempat saya serai mahal,jadi daun2nya dibersihkan, dihiris halus kemudian didehydrate dan kami minum sebagai teh serai dicampur dgn halia dan honey tapi rasanya tak kuat mild saja,maklumlah guna teh daun serai secara berjimat. bila cm tayang recipe guna serai baru tuai dari kebun,5 batang lagi,sure kaw2 rasanya. ni menyebabkan ambo tak sabar nak tunggu esok pagi,mau mencuba jugak.jazakillah cm .semoga bertambah rahmat dan barokah.

    ReplyDelete
  4. Wah, banyak jugak tanaman kat kebun CM. Bestnya! PH tak pernah minum air serai. Mesti cuba sebab kat garden pun ada serai.

    ReplyDelete
  5. betul! air serai mmg best! dan sgt bagus utk kesihatan..nor selalu buat dulu, kalau perah limau kasturi sebiji dlm air serai segelas tu lg best kak nah.. :)

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak mencuba air serai tu.

    Walaupun kebun sekangkang kera tapi macam2 ada...

    ReplyDelete
  7. letak limau kasturi boleh juga ye

    ReplyDelete
  8. Nizam tengah buat air serai ni kat dapur sementara bininya fikir buat benda lain.Dia baru balik beli gula batu.

    ReplyDelete