Tuesday, March 26, 2013

Chawan Mushi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali ke kedai makanan Jepun pastinya Chawanmushi menjadi  menu kegemaran.Sudah beberapa kali mencuba buat sendiri kat rumah tetapi hasilnya kurang cantik walaupun rasanya hampir sama.Petang tadi sekali lagi Cm mencubanya .Alhamdulillah rasanya sedap tetapi rupa tak secantik yang di kedai Sushi King tu :(...... permukaan yang tak berapa nak licin atau halus.Mungkin Cm salah cara (agaknya la)..harap kawan-kawan dapat lah berkongsi resipi jika ada yang menghasilkan Chawanmushi yang cantik dan licin permukaannya.
Bahan-bahannya:

1 biji telur grade A.
170 ml air.
Secubit perisa ayam.
Sedikit garam.


Filling:

2 batang jejari ketam.-potong kecil.
2 biji cendawan butang dalam tin-potong kcil
Sedikit kicap cair.
Sedikit minyak bijan.

Hiasan:

Potongan karot(.kukus.)
Hirisan daun sup atau daun bawang

Cara-caranya:


  • Satukan bahan-bahan untuk fillingnya dan perap sekejap.
  • Kocok telur dengan perisa ayam dan garam sehingga sebati.Tapiskan.
  • Isi kan inti kedalam cawan teh atau bekas yang sesuai.Tuangkan bancuhan telur.
  • Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
  • Hias dengan karot kukus dan daun bawang.
Intinya boleh dipelbagaikan.Jika suka boleh letak udang atau isi ayam.Terpulang kepada selera masing-masing.Selamat  mencuba ya :)

5 comments:

  1. Salam CM...

    Mama ni tak pernah gi makan kat restaurant Jepun. Tekak tak leh terima. Maklumlah orang ulu kan. Hahaha... Tapi tengok Chawanmushi CM ni, cam bestttt je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun mula mula dulu mmg tak boleh telan makanan Jepun ni Mama tapi anak-anak selalu heret kami kesana..lama-lama dah suka..tak kenal maka tak cinta hehe.

      Delete
  2. salam kenal..nice blog...hope boleh tukar2 resepi...heheh i also love cooking....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkenalan.Terima kasih kerana sudi singgah ke dapur Cm ya..datang le lg..hehe.

      Delete
  3. Hi CM... saya ade tips untuk cawan mushi yang lebih licin - tapiskan bancuhan tu lagi sebelum isi dalam bekas untuk dikukus. Lagi satu, gunakan api yang lebih kecil supaya gelembung udara tak terlalu membuak dalam telur tu. Saya memang kagum dengan CM yang sangat rajin memasak dalam dapur maya nie! Gambate!!!!

    ReplyDelete