Wednesday, March 27, 2013

Burger Ayam....Sendiri Bikin :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini tak rasa nak keluar kemana-mana.Jalan pun masih dengkok dengkok lutut yang telah lama menderita menanggung beban yang sungguh berat :),cuaca pun panas.Malas nak mengharung cuaca panas untuk ke pasar.Makan je apa yang ada dalam peti sejuk tu.

Angah selalu usik,katanya peti sejuk mama ni bertahan sebulan jika berlaku peperangan hehe.Minta dijauhi segala mala petaka.Marilah kita berdoa agar Malaysia akan sentiasa aman dan makmur....Moga Allah melindungi Malaysia bumi tercinta ini.Hidup dan mati ku disini...mana lagi nak pergi kan...Kita dilahirkan disini..nenek moyang kita di lahirkan disini.....wah..tetiba rasa patriotik pulak....
Kali ini Cm buat burger sendiri.Burger yang sungguh simple.Hanya isi ayam dan bawang besar serta perisa ayam je....

Bahan-bahannya:

350 gm isi ayam-kisar halus.
1 cawan serbuk roti.
1 ketul kiub pati ayam.(Jika tak suka perisa letak je garam)
1 labu( besar) bawang besar.-cincang halus.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam food processor kecuali serbuk roti.Kisar sehingga sebati.Keluarkan dari pengisar dan masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.

Bentukkan bulat seperti burger,Panaskan sedikit minyak jagung dan pan fry sehingga masak.

Burger Ayam ni boleh dihidangkan bersama-sama kentang goreng dan Onion  Relish.Letaklah apa-apa sayur yang digemari dan mengikut kreativiti masing-masing.Tadi tiada roti burger dalam simpanan jadi Cm guna roti biasa dan kepingan cheese .Jom kita lihat bagaimana nak sediakan Onion Relish.

Bahan-bahannya:

Resipi Asal DISINI..(mana pergi budak Tummy ni,lama menghilang.mmkoi ya Tummy)

2 labu bawang besar,-mayang halus.
30 gm butter.9Cm guna 1/2 je)
1 tbsp gula merah.
1 tbsp balsamic vinigar-cm guna apple cider.
Sedikit garam dan lada hitam.
Satukan bawang dan butter kedalam periuk dan masak sehingga bawang layu.

Masukkan gula merah dan masak sehingga bertukar warna perang.Kemudian masukkan garam,lada hitam dan cuka.kacau sehingga nampak biji biji gula seakan kristal.Siap untuk dihidangkan bersama Burger Ayam kita tu :)


Selamat menjamu selera...Alangkan bahagianya apabila melihat orang yang kita sayangi menjamu selera dengan apa yang kita hidangkan dengan penuh kasih sayang ..semoga Allah memberkati segala rezeki yang halal yang kita hidangkan.....Bismillah....

14 comments:

  1. CM, sedap tu! Burger yang kita buat kat rumah walaupun simple, lebih enak dan berkhasiat. PH pun kekadang time hujung minggu malas jugak nak keluar makan. Duk terperap kat umah je. Hee..hee...

    ReplyDelete
  2. Terbaeekkk lah CM.. buat burger ayam sendiri... power betul kerajinan CM... tolong buat utk saya boleh ehe :D

    ReplyDelete
  3. salam CM..
    wahh.. bestnyer buat burger sendiri.. sy belum pernah buat burger sendiri lagi.... burger buatan sendiri ni pasti terjamin kualitinya tanpa lemak & bahan2 pengawet.. kalau yg terjual tu tak tau berapa byk campuran lemaknya tu... tp.. hmm.. sedap benor makannya..hehe..

    ReplyDelete
  4. assalam...
    yg bawang tu.. thanks shared cara nak masak.. nak test bila buat beger lepas ni... :) sedappppnya...

    ReplyDelete
  5. Salam cm...semoga sakit lutut cepat sembuh.

    Selepas ini tak payah lagi beli daging burger yang ada di supermarket hehehe....tentu lagi sedap dan terjamin kebersihannya.

    ReplyDelete
  6. kat bandar baru bangi harini hujan dari sebelum subuh sampai dah nak tengahari. Lepas tu panas berdentum.
    Buat berger sendiri ek cm. Mesti laku. Kalau beli yang kat kedai tu abah kpah selalu takut-takutkan bebudak ni. dia cakap tu semua buntut ayam dan lemak ayam je tu yang dibuat beger haha..

    ReplyDelete
  7. sedap dan tertarik burger nie...

    ReplyDelete
  8. peh..lazatnye...cuba try buat burger inti cheese pulak...inti jem strawberry ke..guna Stufz..senang je nak buat..boleh tgk bende tu kat http://bit.ly/stufz-malaysia


    ReplyDelete
  9. assalam... CM... just nak tanya... kalu buat beger ayam x guna telur ke?

    ReplyDelete
  10. Terbaik la CM.. Insha Allah esok nak buat..

    ReplyDelete
  11. Terbaik la CM.. Insha Allah esok nak buat..

    ReplyDelete
  12. bawang yang buat sedap tu .. laparr

    ReplyDelete