Monday, December 10, 2012

Roti Burger Wholemeal.

Sumber: Izahdaut.
              Sally @ All recipe


Bahan-bahannya:

3 cawan tepung roti.
1 1/2 cawan tepung wholemeal.
1 cawan susu segar,
1/2 cawan air.
1/4 cawan marjerin.
1 biji telur.
2 tbsp gula halus.
1 1/2 tsp garam.
Sedikit bijan untuk tabur.

Cara-caranya:


  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun .Uli hingga sebati.
  • Tutup doh dengan cling wrap dan biarkan  dia naik dua kali ganda.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat seperti bebola sederhana besarnya.
  • Sapukan dengan kuning telur dan taburkan dengan bijan.
  • Biarkan doh naik dua kali ganda dari saiz asal.
  • Masukkan kedalam oven dan jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya.
  • Bakar hingga roti masak.

Selamat mencuba.Insyallah roti ni sungguh lembut.

3 comments:

  1. Memang nampak lembut je roti ni kak...yummmm!

    ReplyDelete
  2. Sedap cicah roti dengan milo petang hari ni CM... yummy

    Terasa lalu kat tekak kelembutan roti CM ni :)) ooohhhh

    ReplyDelete