Tuesday, July 3, 2012

Chewy Gooey Yummy Brownies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tiba-tiba rasa nak makan Brownies yang Chewy Gooey....bila check dalam peti sejuk semua bahan-bahan ada.....lagi pun nak clearkan stok sebelum tiba bulan Ramadhan ni....banyak bahan-bahan untuk baking yang hampir luput tarikh gunanya.Jadi terhasilnya Brownies yang memang sungguh Yummy dan Chewy...betul..tak tipu..jika tak percaya..cuba lah:)
Terima kasih pada Kzai  dari Teratak Impian kerana Cm ambil resepi dari dapurnya.Memang puas hati.Terima kasih juga pada Jee .


Bahan-bahannya:

125 gm butter,
200 gm dark coklat.
3 biji telur.
1 3/4 cawan gula .
1/3 cawan koko.
1 1/2 cawan tepung gandum-ayak.
1 tsp esen vanilla.
2 cawan badam cincang.



Cara-caranya:

Satukan butter dan coklat di dalam satu bekas.Cairkan guna kaedah double boil .Ketepikan.sementara itu satukan gula dan telur dalam satu mangkuk yang sesuai.Guna whisk,kacau hingga sekata.Kemudian masukkan tepung,vanilla,serbuk koko , butter dan  coklat yang telah dicaikan tadi.Kacau hingga sebati.Akhir sekali masukkan badam dan digaul hingga rata.

Tuangkan kedalam bekas yang sesuai dan bakar hingga masak.Potong ketika brownies masih panas kerana apabila sejuk agak sukar di potong sebab dia agak liat.


8 comments:

  1. hmmm sedapnye...lama dah FnF simpan resepi nih...tak terbuat2 lagi

    ReplyDelete
  2. wow best ni.. sedap dan memang nampak mengecurkan..*sedang kecur tak sudah ni hah!* :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jangan kempunan ya..oh ya..agak susah nak masuk dapur Shahriah tadi..kenapa ya?

      Delete
  3. salam kak CM... adehh... terliur bangat tun nengok.. brownies mmg terbaik.. lagi2 lagi chewy gini.. kompom xleh berenti makan.

    ReplyDelete
  4. It has been long time since I last visited you. You have churned out so many yummy recipes! These brownies look mouth-watering delicious! Did I hear you say chewy and gooey? That is exactly what a perfect brownies should be. You got it! High Five!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...lama tak ziarah,semoga cm sihat dan berbahagia.

      Nampak sedap brownies yang cm sediakan.

      Delete