Tuesday, January 3, 2012

Roti Gulung Sardin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat petang dan salam di tahun baru 2012.Posting pertama Cm untuk tahun baru .Tiada yang istimewa hanyalah Roti Gulung Sardin untuk minum petang kami hari ini.Semasa anak anak balik bercuti sempena tahun baru Cm masakkan karipap inti sardin dan masih ada bakinya intinya  di dalam peti sejuk jadi resepi kitar semula  lah ni:)..jangan membazir....

Kata Angah inti sardin ni sungguh sedap...nampak beria ria dia makan karipap inti sardin tempohari jadi Cm letakkan resepinya agar anak anak dapat "refer" resepinya jika teringin nak masak inti sardin seperti ini.

Bahan-bahannya:

 Inti

1 tin sardin saiz besar.
1 labu bawang besar...potong dadu kecil.
2 ulas bawang putih...cincang halus.
2 tbsp serbuk kari ikan...bancuh dengan sedikit air.
1 tangkai daun kari.
2 biji kentang.-potong dadu kecil
garam dan gula secukup rasa.


 Roti sandwich secukupnya.
3 biji telur dipukul sedikit dengan garfu.

Cara-caranya:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya.
  • Masukkan sardin ,kentang,garam dan gula serta daun kari.Masak hingga kentang empuk.
  • Jika perlu tambahkan sedikit air supaya kentang cepat empuk.
  • Masak hingga kuahnya kering dan lenyek dengan sudip agar sardin hancur.
  • Ambil sekeping roti dan gelek dengan penggelek hingga leper.
  • Letakkan sesudu besar inti sardin dan gulung kemas kemas.
  • Celupkan dengan telur dan goreng hingga warna perang.
  • siap untuk dihidangkan....

Komen:Anak anak memang suka Roti Gulung Sardin seperti ini.Sedap dimakan dan cepat dimasak....selamat mencuba.

16 comments:

  1. comelnyer sardin roll kak CM nih.. tun pun mmg suka mkn sardin roll nih. cuma kdg2 bila tun buat dia agak serap minyak. maybe sbb x gelek betul2 roti tu.

    ReplyDelete
  2. saya mmg suka sangat apa2 yg berintikan sardin.. macam sedap je...

    ReplyDelete
  3. Aslmkm KakCM. Slmt Thn Baru ya. Nak seketoi sardin roll....

    ReplyDelete
  4. Salam thn baru CM..sedapnya tgk sardin roll tu.

    ReplyDelete
  5. Selamat Thn Baru 2012 CM, meh seketoi sardin roll tu..yatie bawakan talam pisang utk CM..tq kongsi resepi talam pisang yg best tu..sedap sangat..

    ReplyDelete
  6. Salam cm...kegemaran saya dan anak2 juga tapi saya tak bubuh serbuk kari.Lain kali saya nak buat macam cm punya recepi.

    ReplyDelete
  7. Salam makcik dan happy new year buat makcik sekeluarga. Nak pergi beli sardin but snack malam nanti :)

    ReplyDelete
  8. Tun telani....ya tun kena gelek kuat kuat agar tak serap minyak..asalnya niat nak perangkap si adik agar makan timun di tengah tengahnya tu tp gagal..ada kelibat sayur je pasti dibuangnya:(

    ReplyDelete
  9. Azian Elias....Kami memang suka inti sardin..karipap,roti atau kuih muih lain.Jika pedas lg sedap.

    ReplyDelete
  10. HomeKreation..Salam tahun baru buat Along sekeluarga..dah habis hihi:)

    ReplyDelete
  11. Nieza..salam tahun baru buat Nieza sekeluarga..hehe lain kali Cm bikin lagi ya...

    ReplyDelete
  12. Yatie...salam tahun baru Yatie..eh cantik kejadian talam tu...memang sah pakar Talam hehe.

    ReplyDelete
  13. Zaitun..cuba ubah selera pulak Zai..guna rempah kari ikan..sedap.

    ReplyDelete
  14. 3 Hungry Tummies.. Salam Sejahtera and happy new year to u too.. Tummy:)Insyallah besok nak masak nasi ayam seperti Tummy bikin tu.Nampak sungguh sedap dan menarik sekali.

    ReplyDelete
  15. Malay Kadazan Girl...Salam Diana.Memang kuih ni menjadi kegemaran kanak kanak ...di jual di kantin sekolah:)..terima kasih..biji benih dah selamat sampai ke Putrajaya:)

    ReplyDelete