Wednesday, December 7, 2011

Roti Wholemeal

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Roti yang masih panas baru keluar dari oven.Baunya sungguh sedap .Terasa seolah olah berada di kedai roti:).Inilah roti untuk sarapan kami pagi besok.Semasa kat Penang Airport pada pagi Sabtu lepas  Heng Ching bekalkan untuk kami  satu buku besar Roti wholemeal (home made).Bila  di simpan didalam peti sejuk   roti itu tetap  lembut.Biasanya  roti home made yang Cm buat akan keras jika disimpan di dalam peti sejuk.......

 
Bahan-bahannya:)

2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 tbsp gula perang.
3 tsp yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 tbsp plain yogurt.
2 tbsp butter.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:)
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas  kedalam mangkuk pengadun(Cm guna KA)
  • Uli  sehingga doh kenyal.Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.
  • Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
  • Bahagikan doh kepada 3 bahagian  dan bulat-bulatkanya.
  • Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang)biarkan doh naik 2 kali ganda dari saiz asalnya.
  • Bakar hingga masak.

Komen:Sedap,sungguh lembut dan sangat senang membuatnya.Terima kasih Cm ucapkan kepada Heng Ching tuan asal resepi Roti Wholemeal ini.Mengikut petua yang diberi ,yogurt menyebabkan Roti ini tetap lembut dan moist walaupun di simpan dalam peti sejuk.Selamat mencuba:)

Nota: Jika guna bread maker mengambil masa 3 1/2 jam .

10 comments:

  1. Tengah pujuk hubby belikan bread marker. Dekat-dekat Christmas macam-macam sale. Mulalah angan-angan nak ice cream maker juga. Tapi bila beli nanti selalu kena usik buat hiasan je...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Manggis..

    Wah!!! Pagi2 Lagi Dah Hidangkan Kak Lin Dengan Roti Wholemeal..Nampak Gebus Dan Sedap...Kak Lin Suka Makan Roti Dgn Air Kopi...Org Dah Hidangkan Roti...Nak Mintak Air Pulak...Hik3

    ReplyDelete
  3. Tabik hormat pada Cik Manggis yang sanggup buat roti gebus macam ni.. Che Mid tak berkeinginan lagi walaupun hari-hari makan roti.. ish .. pemalas bebenor..

    ReplyDelete
  4. Salam cm...tengok roti yang cm buat bukan main gebus lagi makan dengan apa2 pun sedap.Bilalah saya nak mencuba mungkin tunggu BM kot hehehe....

    ReplyDelete
  5. kak CM,
    ni mesti dah lupo kat kita.lama tak keudara.kita pernah belajar buat wmb nie.mmg gebu gitu tapi yg tu tak uh yougart.

    ReplyDelete
  6. kak CM ^^ terasa sihat tgk wholemeal bread nih.. tun suka! dulu2 tun mmg akan beli wholemeal bread. tp biasa xsempat nk habis, kdg2 dh keras, kdg2 rosak.. sbb tun sorang je yg mkn wholemeal bread, org len cari roti putih jugak.. huhu..

    ReplyDelete
  7. i think i havent used yogurt in my breads before, you sounded them really good!

    ReplyDelete
  8. berapa suhu oven n berapa minit?

    ReplyDelete
  9. CM...bleh tak klau guna dry yeast?

    ReplyDelete